Polis selamatkan wanita dikurung ahlong di hotel bajet

Polis selamatkan wanita dikurung ahlong di hotel bajet

GEORGE TOWN – Seorang wanita yang dikurung selama dua hari oleh ahlong kerana gagal melunaskan pinjaman berjumlah RM10,000 berjaya diselamatkan polis di sebuah hotel bajet di Jalan Kampung Malabar di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa berusia 47 tahun itu dipukul empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pinjaman wang tanpa lesen kira-kira pukul 5.30 petang pada 3 Januari lalu.

Kesemua suspek juga melarikan kunci kereta serta dua kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik mangsa sebelum meninggalkannya dalam keadaan cedera ringan di kepala di dalam hotel tersebut.

Kata Mohd Shuhaily, suspek yang dikurung itu diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Polis Central pada 5 Januari lalu kira-kira pukul 10.30 malam.

“Hasil siasatan mendapati mangsa gagal membuat pembayaran pinjaman sebanyak RM10,000 ke atas salah seorang suspek.

“Bertindak atas maklumat dan risikan polis berjaya menahan empat suspek terlibat dalam kes tersebut pada pukul 2 pagi pada Jumaat lalu di Jalan Perak, Jelutong.

“Dalam serbuan itu, kita berjaya merampas semula barang kes milik mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Tambah Mohd Shuhaily, semakan lanjut mendapati tiada rekod jenayah lampau mahu pun positif dadah terhadap empat suspek berusia 25 hingga 30 itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, kesemua suspek juga didapati terlibat dalam satu kes khianat dengan api bersangkut laporan pada 16 Mei tahun lalu.

“Berdasarkan laporan itu, seorang lelaki mendakwa berlaku kebakaran kecil di hadapan rumah di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong di sini dipercayai dilakukan suspek yang merupakan sindiket ahlong susulan salah seorang ahli keluarga mangsa membuat pinjaman dengan mereka.

“Bagi kes ini, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama empat hari,” kata Mohd Shuhaily. MG

Polis selamatkan wanita dikurung ahlong di hotel bajet


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker