Dek Wan juarai GP Para Dunia

Dek Wan juarai GP Para Dunia

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi membuktikan masih memiliki kepantasan apabila berjaya merangkul emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia, semalam.

Mohamad Ridzuan yang lebih mesra dipanggil “Dek Wan” merekodkan masa 12.51 saat (s) untuk meninggalkan pesaing terdekat Abdulsattar Challoob dari Iraq yang membawa pulang perak dengan catatan 13.04s dalam kejohanan berlangsung di di Stadium Olahraga Rades, Tunis.

Pelari dari Maghribi, Anass Sikouk pula meraih gangsa dengan catatan 13.69s.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, pula berjaya merangkul perak bagi acara 100m T11/12 (masalah penglihatan) dengan mencatat 11.67s.

Muhamad Afiq gagal menandingi kehebatan wakil Uzbekistan, Mansur Abdirashidov yang membawa pulang emas menerusi catatan 11.28s manakala gangsa milik Mohammed Ayade dari Iraq dengan 12.09s.

Kejohanan yang bermula semalam akan berakhir esok. BH

Dek Wan juarai GP Para Dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker