Tunku Abdul Aziz meninggal dunia

Tunku Abdul Aziz meninggal dunia

Bekas Ahli Dewan Negara, Tunku Abdul Aziz Ibrahim, 89, meninggal dunia di Institut Jantung Negara petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan anak saudaranya Tengku Azman Tengku Zainal Abidin dalam hantaran di Instagram.

“Al-Fatihah, bapa saudara saya Tunku Abdul Aziz baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir,

“Semoga rohnya dicucuri rahmat bersama orang yang beriman,” kata Tengku Azman.

Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada tahun 2008 dan dilantik sebagai naib pengerusi DAP setahun selepas itu.

Pada Julai 2009, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang pertama daripada DAP.

Selain penglibatan dalam dunia politik, beliau turut terlibat dalam usaha menentang rasuah melalui penglibatannya dalam penubuhan Transparency International Malaysia pada tahun 1998 selain menyandang jawatan naib presiden pertubuhan itu hingga tahun 2002.

Tunku Abdul Aziz juga pernah menjadi penasihat khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangaa Bersatu (PBB) Kofi Annan di New York antara tahun 2006 hingga 2007. FMT

Tunku Abdul Aziz meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker