Ismail Sabri ‘berbunyi’ lagi, pecat KJ adalah isyarat salah pada anak muda
Umno akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan semula sokongan golongan muda berikutan tindakan parti itu memecat pemimpin kritis seperti bekas ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.
Dalam temu bual dengan Utusan Malaysia, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata parti itu telah mengambil langkah ke belakang dengan isyarat yang salah kepada golongan muda.
“Kita memberi petanda yang salah kepada mereka (golongan muda). Iaitu parti Umno tiada demokrasi, dipecat atau digantung. Itulah persepsi mereka sekarang terhadap parti ini.
“Mereka (orang muda) lebih melihat dan mahukan pemimpin yang dipecat Umno seperti Khairy. Beliau (Khairy) terbuka dalam mengkritik parti dan pada orang muda itu sesuatu yang wajar. Sebab itu, saya kata mereka ideal. Mereka mahu kebebasan diberi pada ahli. Orang muda tidak akan masuk parti yang menyekat kebebasan mereka,” kata ahli parlimen Bera itu seperti dilapor.
Khairy, bersama bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar dipecat daripada parti kerana didakwa mensabotaj parti semasa pilihan raya umum ke-15, manakala beberapa pemimpin dan ahli lain digantung selama enam tahun.
Khairy sejak itu mempertahankan kritikannya terhadap Umno dan berkata dia tidak akan merayu keputusan pemecatan itu.
Sementara itu, Ismail Sabri menyatakan Umno telah kehilangan beberapa sokongan golongan muda pada PRU ke-15 lalu, dan parti itu boleh menjangkakan akan menghadapi nasib yang sama pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, termasuk dalam kalangan pengundi kali pertama yang telah didaftarkan secara automatik.
“Kita hadapi masalah sama dalam PRU15 baru-baru ini yang akhirnya ditolak orang muda dan golongan profesional. Sebab kita tak nampak apa tawaran baharu yang diberikan sebelum dan selepas PRU15 kalau kita dengan cara dan nada sama.
“Jadi tiada apa yang hendak diharapkan pada Umno lagi. Kalau dulu kita ditolak, tiada sebab mereka mahu ubah dan tolak Umno sekali lagi,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata tiada duit bayar gaji staf Bersatu, itulah yang UMNO rasa selama ini
- Shuib di salahkan kerana berat badan Watie naik 10kg
- ‘Sedekah pilihan raya’: SPRM sedang kenal pasti 90 individu
- Asyik ‘overtime,’ kena maki punca pekerja tikam mati bos
- Saya tak digantung Umno – Ismail
- Rashidi Ishak kembali berkahwin
- Bella dedah mesej Sophia
- Apa sudah jadi dengan imej ‘bersih’ PN?
- Johari Abdul lantik anak, satu lagi dakwaan nepotisme
- Siapa 5 calon berpotensi sebagai Ketua Pemuda UMNO
- Mahathir, Muhyiddin diarah fail pembelaan kes saman projek HSR
- Isham pindah ke UMNO Bahagian Putrajaya
- ‘Drama’ Aliff, Sophia sebelum tayang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.