Rafizi bersuara, kritik lantikan ahli keluarga

Budaya nepotisme dengan melantik ahli keluarga ke jawatan tertentu dalam kerajaan perlu dielak pada masa akan datang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Timbalan presiden PKR itu dia menyedari pelbagai kritikan berhubung pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Mohammed Iqbal sebagai pegawai majlis khas kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

“Saya berpandangan beberapa perkara ini perlu dielakkan oleh mana-mana kerajaan pada masa akan datang. Bagaimanapun bagi kes Nurul Izzah dan Iqbal, pelantikan sudah pun dibuat,” katanya dipetik Harian Metro, hari ini.



Kini katanya pelantikan itu diharap dapat dibuktikan dengan membawa nilai tambah.

“Ia tidak melibatkan dana awam. Apa yang kita harapkan sekarang ialah mereka perlu buktikan mereka akan membawa nilai tambah. Saya yakin mereka ada peranan masing-masing,” kata Rafizi.

Terdahulu kerajaan diterajui Anwar itu dikritik hebat selepas Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri.

Ia disusuli isu pelantikan Mohammed Iqbal sekali gus dilihat menebalkan lagi persepsi nepotisme terhadap kerajaan.



Sementara itu, Rafizi berkata pihak yang terbabit dalam membuat keputusan sedemikian wajar mengambil perhatian terhadap pandangan rakyat.

“Di peringkat PKR, kita harap kita ‘move on‘ dan cabaran itu ada pada Nurul Izzah dan Iqbal untuk membuktikan mereka ada nilai tambah dalam keadaan mereka tidak mengambil sebarang wang rakyat. Sudah pasti saya faham sentimen itu,” katanya dipetik sebagai berkat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya



Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker