Rakyat makan menu ‘Rahmah’, PM makan makanan ‘mewah’ adalah satu fitnah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta untuk menyiasat satu hantaran di Facebook yang memfitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dengan menularkan sekeping gambar lama.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pemilik akaun Facebook Sam My itu didapati berniat jahat dan sengaja menimbulkan prasangka buruk terhadap Perdana Menteri, dengan menyiarkan gambar berkenaan sambil mengaitkannya bersama saranan kerajaan supaya rakyat mengamalkan sikap berjimat cermat.

“Pemfitnah ini telah menggunakan gambar lama (individu di kanan gambar Abd Rahman Yusof, kenalan saya telah lama meninggal dunia pada 8 Jun 2021) dalam fitnah ini.



“Saya telah mohon MCMC dan PDRM siasat segera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Sam MY semalam memaparkan gambar Anwar sedang makan bersama beberapa individu mendakwa rakyat disuruh makan Menu Rahmah sedangkan perdana menteri menikmati hidangan daging unta.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya



Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker