MP Bersatu tak hadir sidang parlimen lepas umum sokong Anwar

MP Bersatu tak hadir sidang parlimen lepas umum sokong Anwar

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid tidak menghadiri sidang parlimen sejak mengumumkan sokongannya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut rekod Hansard setakat semalam (24 Okt), Iskandar hanya muncul di Dewan Rakyat beberapa hari sebelum membuat pengumuman itu iaitu pada 9, 10 dan 11 Okt.



Bagaimanapun, dia tidak hadir sidang dewan ketika mengumumkan sokongan kepada Anwar pada petang 12 Okt.

Iskandar juga tidak hadir ke Dewan Rakyat ketika Anwar membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt, serta tidak menghadiri tujuh persidangan Dewan Rakyat berikutnya.

Parlimen bersidang dari Isnin hingga Khamis, kecuali hari tertentu seperti ketika pembentangan belanjawan.

Antara 12 Okt hingga 24 Okt, dia hanya memaklumkan setiausaha Dewan Rakyat sebanyak dua kali di bawah Peraturan Mesyuarat 91 mengenai ketidakhadirannya iaitu pada 19 Okt dan 24 Okt.



Pelbagai usaha dilakukan Malaysiakini untuk menghubungi Iskandar tetapi tidak membuahkan hasil.

Iskandar sebelum ini menjadikan isu kenaikan kos sara hidup di kawasannya untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Dia juga mendakwa mahu menguji sama ada perdana menteri itu ikhlas memberikan peruntukan kepada mana-mana ahli parlimen yang menyokong dasar kerajaan perpaduan.

Ahli Parlimen Bersatu itu bagaimanapun menegaskan dia masih kekal dengan parti pembangkang.



Pada 13 Okt lepas, ketua pembangkang Hamzah Zainudin mendakwa Iskandar diugut oleh pihak berkuasa dan dipaksa menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Hamzah mendakwa ahli parlimen Perikatan Nasional itu membuat keputusan itu selepas dia dibawa ke sebuah hotel di Damansara di mana dia didakwa bertemu pegawai kanan SPRM dan diugut dengan tuduhan rasuah.

SPRM menafikan dakwaan tersebut.

Susulan itu, Anwar pada 18 Okt lalu menegur Hamzah dan memberitahu setiausaha agung PN itu untuk mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh menjalankan siasatan.



Semalam Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata tiada laporan diterima berhubung dakwaan ugutan terhadap Iskandar.

Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo pula mencadangkan Iskandar dipanggil ke parlimen untuk menjelaskan mengenai kedudukannya serta menjawab dakwaan yang dibuat Hamzah. Mk

MP Bersatu tak hadir sidang parlimen lepas umum sokong Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker