Pekerja pukul mati majikan di Alor Setar

Pekerja pukul mati majikan di Alor Setar

ALOR SETAR: Seorang pembantu tukang masak menumbuk dan memukul majikannya hingga maut, selepas dia dan isterinya dimarahi mangsa, dalam kejadian di restoran Jalan Stadium, di sini semalam.

Mangsa yang berusia 68 tahun dipukul menggunakan kayu oleh suspek yang berusia 55 tahun kira-kira 5.15 petang, di belakang kedai makan itu.

“Perselisihan faham itu berlaku di antara anak mangsa dan isteri suspek yang berang kerana anak pemilik restoran berkenaan menuang air bilasan pinggan ke dalam bekas peralatan yang sudah dicuci.

“Mangsa kemudian keluar dari restoran dan terus memarahi isteri suspek, sebelum berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suspek membuatkan pekerjanya itu hilang sabar dan meyerangnya menggunakan sebatang kayu.

“Perbuatan itu cuba dihalang oleh anak masing-masing, namun suspek dikatakan sempat melepaskan tumbukan beberapa kali ke muka mangsa, sebelum pergaduhan dileraikan.

“Pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mendapati mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung, darah tinggi dan sakit tulang belakang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata, seorang lelaki sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian mangsa dan punca hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya. BH

Pekerja pukul mati majikan di Alor Setar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker