Anak hanyut dalam kolam kumbahan

Anak hanyut dalam kolam kumbahan

SUNGAI PETANI – Seorang ibu hanya mampu berdoa dan mengharapkan keajaiban selepas melihat anak lelakinya berusia enam tahun terkapai-kapai sebelum hilang dibawa arus deras ke dalam kolam kumbahan di Taman Sejati Indah, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, Mohamad Harith Nasrullah Mazzwan terjatuh ke dalam longkang sebelum diha­nyutkan sehingga ke kolam kumbahan tersebut.

Ibu mangsa, Naziroh Abdullah, 40, berkata, kejadian 30 minit tersebut begitu mendebarkan, namun nyawa anaknya masih panjang apabila kanak-kanak itu terselamat di sebalik pokok keladi bunting di kolam berkenaan.

Cerita wanita itu, ketika kejadian, anak ketiga daripada empat beradik tersebut bermain bola sepak bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter terletak di hadapan rumahnya ketika hujan lebat.

“Sebaik melihat kejadian itu, saya berlari dan cuba mencapai tangan anak (Mohamad Harith) yang hanyut dibawa arus deras di dalam longkang.

“Sambil berlari, saya menjerit meminta jiran-jiran supaya mereka menghubungi pihak bomba. Dalam masa sama, saya cuba capai tangan anak, tetapi gagal kerana arus air terlalu deras.

“Tidak lama kemudian anak saya hilang daripada panda­ngan mata. Ketika itu saya hanya mampu berserah kepada Allah SWT. Benarlah kuasa Allah meng­atasi segala-galanya apabila dia berjaya diselamatkan anggota bomba tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sejati Indah, di sini semalam.

Naziroh menunjukkan tempat anaknya. Moahamad Harith terjatuh ke dalam longkang sebelum dibawa arus deras.
Menurut Naziroh, anak­nya ditemui dalam keadaan tenggelam timbul di kolam kumbahan yang dipenuhi pokok keladi bunting yang terletak kira-kira 15 meter dari rumahnya.

“Alhamdulillah anak saya sihat dan hanya mengalami luka pada kaki,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Syukri Hashim berkata, sebaik menerima panggilan, beliau bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai di kawasan kolam kumbahan, kami ternampak tangan kanak-kanak seperti melambai di permukaan kolam.

“Anggota bomba kemudian terjun ke dalam kolam kumbahan tersebut dan berjaya membawa naik mangsa sebelum diberikan rawatan awal,” ujarnya.

Ketika diselamatkan, kanak-kanak tersebut dalam keadaan sedar dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. K Online

Anak hanyut dalam kolam kumbahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker