Hukum melukis kening tanpa mencukurnya

Hukum melukis kening tanpa mencukurnya

Apakah hukum melukis kening tanpa mencukurnya, sekadar bagi ada bentuk dan rata kerana kening bersepah?

Bagaimana pula dengan mereka melukis kening di hari perkahwinan? Ada menyatakan haram walaupun tidak mencukur dan ada juga kata harus dan makruh. Mohon penjelasan.



JAWAPAN:
Menghias diri adalah naluri semula jadi manusia. Setiap individu inginkan dirinya kelihatan cantik dan menarik. Allah SWT sendiri cantik dan indah serta amat sukakan kepada kecantikan dan keindahan.

Rasulullah SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah SWT itu cantik, dan suka akan kecantikan.”(Riwayat Muslim)

Malah, tidak dinafikan bahawa golongan wanita amat prihatin dalam isu kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai dalam kalangan mereka sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara yang dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.



Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensel alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.

Amalan itu bukanlah perkara baharu dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Dalam hal ini, syariat telah menetapkan hukum bahawa mencukur kening adalah haram, manakala hukum mengubah sesuatu ciptaan Allah SWT pula dapat diperhalusi melalui beberapa perbahasan berikut: Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas`ud RA: “Sesungguhnya Nabi SAW melaknat wanita-wanita yang membuat tatu dan yang meminta ditatu, wanita-wanita yang mencukur alis, demi mencari keindahan dan mengubah ciptaan Allah.”

Imam al-Nawawi RA dalam menghuraikan hadis ini menyatakan bahawa wanita yang bertatu adalah wanita yang menggunakan jarum atau alat serupa untuk menusuk kulit tangan, pergelangan tangan, bibir atau bahagian lain daripada tubuh wanita sehingga mengeluarkan darah, kemudian dia memasukkan pewarna ke dalam luka.



Hukumnya adalah haram untuk melakukan perbuatan ini atau melakukannya dengan pilihan (sengaja melakukan untuk tujuan kecantikan).

Begitu juga, mencabut atau mencukur rambut dari wajah (alis mata) juga haram, sama ada seseorang itu melakukannya sendiri atau meminta orang lain melakukannya untuknya, kecuali jika seorang wanita mempunyai janggut atau misai, dalam hal ini tidak haram untuk mencabutnya.

Berkata Syeikh Dr. Soleh Muhammad al-Fauzan: “Diikat dengan perkataan lil husn dalam hadis tadi menunjukkan bahawa larangan itu bersifat khusus dengan apa yang jika dilakukan untuk mendapatkan kecantikan tambahan pada khilqah ma’hudah (ciptaan atau rupa paras yang standard).

Jika dilakukan untuk merawat (suatu cela) atau kerana aib, maka harus hukumnya, sebagaimana yang telah disebut sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa itu bukanlah bentuk perubahan yang diharamkan.



Maka, sabda baginda yang menyebut lil husn itu, huruf lam itu adalah Lam Ta`lil (menunjukkan alasan pengharaman) yang mengecualikan larangan itu pada perkara yang melibatkan rawatan dan seumpama dengannya.” (Rujuk al-Jarahah al-Tajmiliyyah, hlm.73)

Ini bermakna membuat tatu, mencabut bulu-bulu yang terdapat di muka termasuk kening, menjarangkan gigi merupakan suatu perbuatan yang dilarang kerana ia adalah mengubah ciptaan Allah SWT.

Oleh itu, segala bentuk perbuatan mengubah ciptaan Allah adalah haram kecuali atas keperluan bagi menutup keaiban yang diharuskan oleh syarak. Para ulama juga telah bersepakat bahawa mengubah ciptaan Allah dengan tanpa sebarang tujuan adalah haram.

Kesimpulannya, merubah sesuatu perkara yang ada pada tubuh badan, termasuklah melukis kening tanpa mencukurnya adalah dilarang dalam Islam kerana dianggap mengubah ciptaan Allah SWT.



Namun begitu, jika sekadar mengemaskan bulu kening dengan cara sederhana tanpa mengubah kening yang asal adalah harus selagi mana tidak menimbulkan sifat riak. Begitu juga bagi mereka yang dilahirkan tanpa kening harus baginya melukis kening untuk menutup keaiban yang wujud selagi mana tidak berlebih-lebihan.
K Online

Hukum melukis kening tanpa mencukurnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker