Penyakit baharu Demam Lembah makin menular

Penyakit baharu Demam Lembah makin menular

Jangkitan fungus yang membawa maut merebak ke seluruh Amerika Syarikat (AS) dan sebilangan saintis percaya bahwa penyakit tersebut berpunca daripada perubahan iklim, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Penyakit ‘Demam Lembah’ yang 10 kali ganda lebih membawa maut berbanding selesema itu meningkat 20 kali ganda sejak permulaan abad ini.

Ia disebabkan oleh kulat Coccidioides yang melepaskan spora ke udara apabila tanah diteroka. Spora kulat itu kemudian dihidu oleh manusia terutamanya pekerja binaan.

Fungus itu hidup subur dalam persekitaran hangat dan kering. Ia digelar Demam Lembah kerana 97 peratus kes ditemui di negeri Arizona dan California.

Bagaimanapun, jangkitan telah dikesan di beberapa kawasan lain di AS, dan pakar-pakar bimbang bahawa menjelang tahun 2100, penyakit itu a boleh menjadi endemik di 17 negeri.

Kes meningkat di tengah-tengah kebimbangan tentang wabak kulat berikutan rancangan saluran televisyen HBO, The Last of Us yang mendakwa kulat akan mengubah mangsa menjadi zombi.

Walaupun Demam Lembah tidak mampu mengubah pesakit menjadi zombi, ia boleh menyebabkan kemudaratan serius kepada sesetengah pesakit dan membunuh satu dalam setiap 100 orang.

Coccidioidomycosis atau cocci berasal daripada kulat yang tumbuh di dalam tanah di beberapa kawasan di California dan barat daya AS. Spora kulat akan tersebar ke udara apabila tanah diganggu oleh angin atau aktiviti penggalian.

Apabila manusia atau haiwan menyedut spora itu, ia akan bergerak melalui saluran pernafasan dan ke dalam paru-paru, di mana berlaku pembiakan dan menyebabkan penyakit lain.

Kebanyakan jangkitan adalah ringan dan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari atau minggu, manakala ia tidak boleh disebarkan antara manusia atau haiwan.

Kebanyakan orang mengalami gejala ringan termasuk keletihan, batuk, demam, sakit otot dan sesak nafas. Simptomnya adalah serupa dengan jangkitan virus pernafasan.

Gejala lain termasuk berpeluh waktu malam, sakit sendi dan ruam merah yang kebiasaannya pada kaki tetapi kadang kala menjangkiti dada, lengan dan belakang. K Online

Penyakit baharu Demam Lembah makin menular

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker