Syarikat EV Syed Mokhtar bakal disenarai di Nasdaq

Syarikat EV Syed Mokhtar bakal disenarai di Nasdaq

Group Lotus, yang 49 peratus kepentingannya dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menerusi Etika Automotive Sdn Bhd (Etika) bercadang untuk menyenaraikan unit kenderaan elektrik (EV) mewahnya, Lotus Technology Inc (Lotus Tech) di Amerika Syarikat (AS).

Cadangan penyenaraian itu susulan langkah penggabungan Lotus Tech dengan L Catterton Asia Acquisition Corp (LCAA) dengan nilai enterpris kira-kira AS$5.4 bilion (RM23 bilion).



Apabila penggabungan itu selesai, nama Lotus Tech akan dikekalkan dan saham biasanya akan disenaraikan di Nasdaq.

Semua pemegang ekuiti Lotus Tech termasuk Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding), Etika, NIO Capital dan lain-lain lagi dijangka mengekalkan kepentingan masing-masing dalam Lotus Tech dan memiliki kira-kira 89.7 peratus syarikat bergabung itu.

Lotus Tech dalam satu kenyataan berkata, pasukan kepimpinan semasa Lotus Tech diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Qingfeng Feng akan terus menerajui syarikat gabungan itu.

Katanya, hasil daripada gabungan perniagaan dijangka akan digunakan untuk inovasi produk selanjutnya, pembangunan teknologi automobiliti generasi akan datang, pengembangan rangkaian pengedaran global dan tujuan korporat am.



Mengulas penggabungan itu, Feng berkata, ia adalah masa yang mengujakan untuk Lotus Tech sambil pihaknya berusaha untuk menyampaikan kenderaan utiliti sukan (SUV) hiper elektrik penuh pertamanya menggunakan inovasi dan kepakaran kejuruteraannya bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk EV mewah.

Beliau berkata, Lotus Tech menemui rakan kongsi dengan rekod prestasi mengagumkan bukan saja membina jenama premium ikonik dan mencipta nilai untuk syarikat dengan memanfaatkan kepakaran pengguna di seluruh dunia, tetapi juga membawa mereka ke pasaran awam dan memperkasakan pembangunan jangka panjang mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama LCAA dan Rakan Kongsi Urusan L Catterton, Chinta Bhagat, berkata pasaran EV global berkembang pesat, dengan segmen mewah berkembang pada kadar yang lebih pantas daripada industri yang lebih luas.

China, Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK) dan AS, katanya dijangka memacu sebahagian besar pertumbuhan itu sepanjang dekad akan datang sebagai dasar kerajaan di rantau itu menyediakan lebih banyak peluang untuk jualan EV.



Beliau berkata, Lotus Tech berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada dinamik itu kerana ia adalah perintis dalam penyahkarbonan kereta mewah dan pasukan pengurusannya serta pakar penyelidikan dan pembangunan (R&D) menunjukkan bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk menerajui peralihan tenaga dalam segmen sasaran dan geografi syarikat.

Dalam kenyataan itu, Lotus Tech berkata, ia akan memanfaatkan kemudahan pengeluaran EV dan kemudahan perlumbaan bersepadu Geely Holding di Wuhan China dengan kapasiti tahunan sebanyak 150,000 unit.

Geely Holding mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam mengubah dan mempercepatkan pertumbuhan jenama auto dan keupayaan pembuatan yang tiada tandingan di seluruh dunia.

Perkongsian dengan Geely Holding itu akan membolehkan Lotus Tech beroperasi dengan model perniagaan ringan aset, memfokuskan pada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengedaran EV secara global.



Jenama Lotus diasaskan di UK pada 1948 dan hari ini, dengan sokongan serta sumber global Geely Holding, Lotus Tech komited untuk menjadi penyedia mobiliti mewah yang maju, elektrik sepenuhnya, pintar dan mampan menjelang ulang tahun ke-80 jenama itu pada 2028. BH

Syarikat EV Syed Mokhtar bakal disenarai di Nasdaq

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen



Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker