Bomba terbangkan 3 pelajar Orang Asli duduki SPM kerana banjir

Bomba terbangkan 3 pelajar Orang Asli duduki SPM kerana banjir

MERSING: Tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kampung Orang Asli Punan dibawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nitar, di sini, menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) semalam untuk menduduki peperiksaan itu.

Pemangku Pengarah JBPM Johor, Rizal Buang berkata, Norfaizal Selamat, Jefzulkiflie Addy dan Christie Maurinissca Clay masing-masing berusia 18 tahun daripada Orang Asli Suku Jakun dibawa menaiki Agusta Westland AW189.



Beliau berkata, difahamkan ketiga-tiga calon itu sepatutnya menduduki ujian amali sains SPM Isnin lalu, namun terpaksa ditangguhkan berikutan jalan raya menghubungkan kawasan penempatan mereka masih ditenggelami air.

“Bagaimanapun, atas dasar pertimbangan SMK Nitar, ketiga-tiga calon berkenaan dibenarkan menduduki ujian itu hari ini.

“Kesemua mereka akan tinggal di asrama sekolah sepanjang peperiksaan SPM berlangsung,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Setakat 12 tengah hari tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor seramai 1,373 orang melibatkan daerah Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat.



Menurut Kementerian Pendidikan, seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan SPM 2022 yang bermula 30 Jan hingga 15 Mac ini melibatkan ujian amali sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis. FMT

Bomba terbangkan 3 pelajar Orang Asli duduki SPM kerana banjir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen



Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker