Pesawat mendarat di lokasi ia berlepas selepas 13 jam terbang

Pesawat mendarat di lokasi ia berlepas selepas 13 jam terbang

Dubai: Sebuah pesawat Emirates yang menuju ke Auckland, New Zealand, sempat melakukan perjalanan selama 13 jam sebelum terpaksa berpatah balik ke Dubai, baru-baru ini.

Berdasarkan FlightAware dan Business Insider, penerbangan EK448 berlepas pada 10.30 pagi waktu tempatan.



Namun, juruterbang berpatah balik selepas hampir separuh perjalanan 14,484.1 kilometer itu, sebelum pesawat mendarat di Dubai, tengah malam Sabtu lalu.

Penumpang dan kru pesawat itu melalui detik berkenaan apabila Lapangan Terbang Auckland terpaksa ditutup kerana banjir buruk.

Emirates dalam satu kenyataan kepada Business Insider berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku hingga memberi kesulitan kepada pelanggan mereka.

“Emirates akan terus memantau situasi di Auckland dan mengeluarkan kemas kini jika perlu,” katanya.



Susulan itu, Lapangan Terbang Auckland dalam kenyataan berkata, pihaknya terpaksa menggantung operasi sementara kerana masalah banjir.

“Lapangan Terbang Auckland menilai kerosakan terminal antarabangsa kami dan malangnya menentukan tiada penerbangan antarabangsa boleh beroperasi.

“Kami tahu ini amat mengecewakan tetapi keselamatan penumpang adalah keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu lalu.

Pada malam Sabtu, selepas penerbangan domestik disambung semula dan pegawai lapangan terbang berkata, penerbangan antarabangsa dibenarkan beroperasi semula, pagi Ahad.



Dilaporkan, penerbangan EK448 dijadualkan semula pada Sabtu waktu Dubai dan dijangka tiba di Auckland, petang Ahad, waktu tempatan.

Dalam pada itu, AP melaporkan penduduk di Auckland pada Selasa diminta bersedia dengan kemungkinan lebih banyak kejadian banjir, empat hari selepas bandar terbesar New Zealand itu dilanda hujan lebat susulan ribut.

Setakat ini, empat orang dilaporkan terbunuh.

Perintah darurat dikuatkuasakan di Auckland, dan pegawai sudah menutup sekolah, pada minggu ini, dan meminta orang ramai supaya bekerja dari rumah.



Hujan lebat dijangka mulai petang Selasa sehingga pagi Rabu. HM

Pesawat mendarat di lokasi ia berlepas selepas 13 jam terbang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen



Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker