Tiada setitis air, sebutir gandum dan seliter bahan api dibenarkan di Gaza sejak 8 hari lalu

Tiada setitis air, sebutir gandum dan seliter bahan api dibenarkan di Gaza sejak 8 hari lalu

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan Semenanjung Gaza berdepan bencana manusia paling dahsyat susulan serangan Israel ke atas wilayah itu.

Pesuruhjaya Jeneral UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata ia berikutan Semenanjung Gaza kini disekat daripada kemudahan asas termasuk makanan dan bahan api sejak lapan hari lalu.

Beliau berkata, pihaknya turut menekankan ketidakupayaan pasukan UNRWA di Gaza meneruskan bantuan kemanusiaan susulan sekatan akses oleh rejim Israel.

“Tiada setitis air, sebutir gandum dan seliter bahan api dibenarkan di Semenanjung Gaza sejak lapan hari lalu.

“Kita semua tahu sumber air adalah nadi kehidupan dan Gaza kini kehabisan bekalan itu yang menyebabkan ancaman terhadap nyawa,” katanya.

Sekurang-kurangnya 2,670 orang terbunuh di Semenanjung Gaza dalam tindak balas yang dilancarkan Israel minggu lalu, susulan serangan Hamas yang menyebabkan lebih 1,400 orang terbunuh.

Pada masa sama, menurut UNRWA, dianggarkan sejuta orang kehilangan tempat tinggal dalam tujuh hari pertama konflik di Gaza.

Menurutnya, jumlah itu dijangka boleh meningkat susulan lebih ramai orang bertindak meninggalkan kediaman masing-masing akibat krisis terbabit.

Sebelum ini, Menteri Tenaga Israel, Israel Katz, menyatakan bekalan air disambung semula ke selatan Gaza selepas perbincangan diadakan antara Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Katz dilaporkan berkata, tindakan itu akan menyebabkan penduduk awam bergerak ke selatan Semenanjung.

Minggu lalu, Israel bertindak menyekat bekalan air ke seluruh wilayah Palestin.

Sementara itu, Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan turut menyatakan Israel sudah menarik semula sekatan bekalan air ke selatan Gaza.

Malah pihak perbandaran Beni Suheila di selatan Gaza mengesahkan bahawa bekalan air sudah disambung semula ke kampung itu. BH

Tiada setitis air, sebutir gandum dan seliter bahan api dibenarkan di Gaza sejak 8 hari lalu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker