Ibu ikat, ‘jemur’ anak tidak siap kerja sekolah

Kanak-kanak perempuan itu dilihat meronta-ronta dalam keadaan terseksa akibat tangannya yang diikat pada bahagian belakang selain kakinya turut diikat. – Daily Star

NEW DELHI – Seorang ibu di India tergamak mengikat anaknya yang berumur lima tahun dan ‘menjemur’ kanak-kanak itu di atas bumbung ketika cuaca panas hanya  kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pelajar Kelas 1 sebuah sekolah di New Delhi itu dilaporkan diikat dengan tali dan ditinggalkan di atas bumbung rumah mereka di bawah pancaran terik matahari sebagai hukuman yang dikenakan oleh ibunya.

Dalam klip video yang dirakam seorang jiran mereka, kanak-kanak perempuan itu meronta-ronta dalam keadaan terseksa akibat tangannya yang diikat pada bahagian belakang selain kakinya turut diikat.

Polis berkata, insiden itu berlaku pada 2 Jun lalu, selain menambah bahawa ibu kanak-kanak itu mengakui melakukan perbuatan tersebut.



Bapa kepada kanak-kanak tersebut bagaimanapun menafikan dia turut terlibat kerana ketika kejadian, dia berada di sebuah kedai membaiki basikal.

“Saya menerima panggilan telefon daripada bapa yang memberitahu bahawa isteri saya telah memberi hukuman kejam kepada anak kami. Dia menyuruh saya pulang dengan segera.

“Bapa saya memberitahu bahawa apabila dia pulang ke rumah, dia melihat seorang kanak-kanak sedang diikat pada bahagian teres rumah lalu melepaskannya.

“Isteri saya menghukum anak kami kerana berasa marah kepadanya. Apabila mendapat tahu hal itu, saya terus memarahinya (isteri),” ujar lelaki berkenaan.



Tidak dijelaskan sama ada wanita itu telah ditahan polis atau sebaliknya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker