PRK Pelangai: Penerimaan masyarakat terhadap Amizar amat positif

PRK Pelangai: Penerimaan masyarakat terhadap Amizar amat positif

Kempen calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam sudah meliputi kira-kira 55 peratus pengundi di kawasan berkenaan.

Katanya, beliau akan mempertingkatkan usaha untuk menyantuni semua pengundi khususnya golongan muda, berbaki seminggu lagi tempoh kempen.

Menurutnya, penerimaan masyarakat terhadap beliau amat positif memandangkan kawasan itu secara tradisi adalah kubu kuat BN.

“Kita ada beberapa lagi segmen masyarakat (yang perlu disantuni). Maksudnya masih ada lagi kawasan yang saya belum masuk,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat berkata sokongan masyarakat terhadap PN lebih baik berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Penerimaaan setakat ini semua okey. Masyarakat Cina, India dan Orang Asli pun mula menerima kedatangan kami,” katanya yang pernah bertanding di kerusi DUN itu pada PRU15.

PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, Kasim dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor, bulan lalu.

Pada PRU15, Johari yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan Kasim, Ahmed Wafiuddin (Pakatan Harapan) dan calon Pejuang, Isa Ahmad. BH

PRK Pelangai: Penerimaan masyarakat terhadap Amizar amat positif

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker