Curi bas sekolah kerana nak balik kampung

Curi bas sekolah kerana nak balik kampung

Seorang penganggur sanggup melarikan sebuah bas sekolah semata-mata mahu pulang ke kampung dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), semalam.

Bagaimanapun suspek dicekup polis pada 5.45 petang selepas bas dipandunya itu terbabas.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata sehari sebelum kejadian bas sekolah itu diletakkan di sebuah stesen minyak di Kampung Musai oleh pemiliknya berusia 68 tahun.

Beliau berkata, bagaimanapun sekitar 5.30 petang semalam, warga emas itu melihat basnya bergerak keluar tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka adiknya memandu.

“Tidak lama selepas itu, dia dihubungi oleh anaknya yang memaklumkan ada orang mencuri bas miliknya itu dan melarikan diri ke arah Lebuh AMJ Melaka Sentral.

“Dia kemudian bergegas keluar dan mengikut dari arah belakang sebelum bas terbabit tiba-tiba terbabas ke bahu jalan berhampiran Taman Malinja sebelum menahan lelaki itu dengan bantuan orang awam,” katanya menurut Harian Metro.

Christopher berkata, siasatan awal mendapati suspek mendakwa dia hendak balik ke kampung di Kapar, Selangor, dengan memandu bas sekolah itu.

Katanya, suspek dikenal pasti mempunyai satu rekod lampau dalam kes melarikan kenderaan pada 2013.

Beliau berkata, suspek itu direman tiga hari sehingga Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan. FMT

Curi bas sekolah kerana nak balik kampung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker