Salah guna kebebasan bersuara boleh rosakkan imej parti – Shamsul Anuar

Salah guna kebebasan bersuara boleh rosakkan imej parti – Shamsul Anuar

Tanggungjawab ahli dan pemimpin UMNO ialah menjaga imej parti supaya sentiasa dilihat baik di mata rakyat, kata Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Malah, katanya, UMNO sentiasa bersikap terbuka dengan setiap ahli dan pemimpin mempunyai kebebasan bersuara.



Bagaimanapun, kata beliau, jika kebebasan bersuara yang diamalkan sesetengah ahli dan pemimpin boleh merosakkan parti, ia akan dilihat tidak baik di mata rakyat.

“Kebebasan bersuara dalam parti memang dibenarkan. Malah, realitinya ia akan menyuburkan amalan demokrasi dalam parti dan UMNO mengamalkannya sejak sekian lama.

“Namun, kita mestilah mempunyai kebijaksanaan kerana kebebasan kita bersuara bukan bermakna kita boleh bercakap apa sahaja sehingga melanggar peraturan yang ada dalam parti.

“Tanggungjawab kita sebagai pemimpin dan ahli ialah menjaga imej parti. Parti mesti sentiasa dilihat baik di mata ahli dan rakyat. Kita bertanggungjawab terhadapnya,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.



Jumaat lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk memecat dan menggantung keahlian seramai 42 ahli dan pemimpinnya kerana melanggar disiplin parti.

Turut dipecat bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, manakala Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun.

Menurut Shamsul Anuar, jika ada ahli parti menyalahgunakan kebebasan bersuara sehingga merosakkan UMNO, mereka wajar dikenakan tindakan tegas.

“Kerana yang akan menentukan hayat parti kita ialah rakyat. Maka, rugilah parti jika rakyat melihat imej kita terlalu buruk akibat kebebasan bersuara yang diamalkan.



“Hakikatnya tiada orang lain yang akan menjaga imej parti, melainkan kita. Kita bertanggungjawab kepada parti kita,” katanya. MG

Salah guna kebebasan bersuara boleh rosakkan imej parti – Shamsul Anuar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri



Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker