Bibir ditoreh kerana tegur lelaki Myanmar

Bibir ditoreh kerana tegur lelaki Myanmar

Ampang: Penganggur ditahan polis selepas disyaki menyebabkan kecederaan dengan menoreh bibir seorang lelaki yang menegurnya kerana menendang kon.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki warga Myanmar berusia 32 tahun itu ditahan di Jalan Permai di sini, pada 11.15 pagi tadi.



“Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 5 petang Jumaat lalu, selepas mangsa mengekori suspek yang dilihat menendang kon di hadapan kedai runcitnya sebelum ini.

“Suspek mendakwa berbuat demikian kerana disuruh oleh orang lain.

“Selepas itu, suspek secara tiba-tiba mengeluarkan senjata tajam seperti pisau lalu melibas ke muka mangsa dan mengenai bibirnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, susulan kejadian mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sebelum membuat laporan polis.



Katanya, polis yang menjalankan siasatan kemudian menahan suspek dan merampas sebatang besi diubah suai yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak puas hati selepas pengadu menegurnya kerana menendang kon,” katanya.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk permohonan reman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. HM

Bibir ditoreh kerana tegur lelaki Myanmar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan



Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker