Koleksi 16 rumah tradisional kini cecah RM20 juta

Koleksi 16 rumah tradisional kini cecah RM20 juta

KUALA BERANG: Minat mendalam terhadap reka bentuk rumah dan ukiran tradisional membolehkan seorang warga emas menyiapkan 16 rumah tradisional berserta ukiran di atas tapak seluas satu hektar di Kampung Pauh, dekat sini dalam tempoh 17 tahun.

Tuan Ahmad Tuan Abdullah, 64, berkata bermodalkan RM30,000 kira-kira 17 tahun lalu, beliau membina sebuah rumah tradisional.



Menurutnya, pada peringkat permulaan beliau banyak membeli rumah tradisional yang dijual penduduk di negeri ini dan kemudian rumah berkenaan dibaik pulih.

Katanya, setiap tahun beliau akan menyiapkan sebuah rumah yang kebanyakan binaan dibuat sendiri termasuk ukiran.

“Minat saya terhadap reka bentuk rumah tradisional yang mempunyai ukiran mendorong saya untuk terus memiliki pelbagai koleksi rumah.

“Kini saya mempunyai tiga rumah berusia lebih 150 tahun yang diberi nama Rumah Tok Pauh, Mat Kilau dan Tok Gajah,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Pok Tun dalam kalangan masyarakat setempat.



Menurutnya, tanah dibeli secara berperingkat memandangkan harga tanah dahulu tidak semahal sekarang.

Katanya, bermula sekadar hobi, beliau tidak menyangka minatnya terhadap ukiran dan reka bentuk rumah tradisional membolehkan memiliki koleksi rumah yang banyak.

Pok Tun berkata, nilai keseluruhan kawasan binaan termasuk rumah, ukiran dan tanah bernilai RM20 juta dan minat mendalam terhadap rumah tradisional mendorongnya untuk terus membina dan menghiasi kawasan berkenaan.

“Semua 16 rumah tradisional di sini mempunyai nama setiap satunya antaranya Rumah Mat Kilau, Tok Pulau Manis, Tok Gajah, Tok Ku Paloh, Tok Janggut, Sheikh Muhammad Al-Baghdadi, Tok Kenali dan sebagainya.



“Selain nama-nama tokoh pahlawan Melayu, sebuah rumah diabadikan dengan nama saya itu Rumah Tun Ahmad manakala sebuah lagi sempena nama ayah saya yang dinamakan Rumah Tun Abdullah.

“Kesemua rumah yang dibina itu kini dijadikan inap desa dengan kesemuanya mempunyai 50 bilik,” katanya yang sebelum itu berniaga kedai makan.

Menurutnya, selain membina rumah beliau turut membina dewan terbuka dan tertutup di kawasan rumah tradisional terbabit.



Katanya, selain berkemahiran dalam membina rumah tradisional beliau juga berkemampuan membuat ukiran pada bahagian rumah tradisional selain membina replika rumah tradisional.

Menceritakan pengalaman membina rumah tradisional, Pok Tun berkata, peringkat awal setiap hari beliau bermandi peluh menyiapkan rumah.

“Biasanya rumah yang dibeli strukturnya masih utuh, namun bahagian atap biasanya mengalami kerosakan kerana menggunakan atap senggora.

“Bagi mendapatkan atap senggora, saya akan ke Kelantan untuk membeli atap berkenaan bagi mengekalkan keaslian sesebuah rumah.

“Alhamdulillah, selepas sekian lama berkecimpung dalam pembinaan rumah tradisional, ukiran dan membuat replika rumah tradisional secara sendirian kini saya mampu menerima tempahan untuk membina rumah tradisional,” katanya yang yakin minat sekiranya dilakukan secara bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil. BH



Koleksi 16 rumah tradisional kini cecah RM20 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]



Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker