Pentaksub tegar jangan pertahan kekejian rasuah jadi sedekah – Mujahid

Pentaksub tegar jangan pertahan kekejian rasuah jadi sedekah – Mujahid

Semua pihak khususnya pemimpin parti politik Islam yang terdesak mencari dalil agar berhenti daripada mencemari amalan baik bersedekah.

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa turut menasihatkan pengikut parti terbabit supaya tidak mempertahankan perbuatan keji itu.

“Bersedekah ada adabnya dan mengungkit dengan bersyarat supaya menyokong parti tertentu dalam pilihan raya umum pastinya tidak ada kena mengena dengan maqasid sadaqah (tujuan syariat dalam bersedekah).



“Memberi rasuah politik dan bersedekah bezanya umpama langit dan bumi, rasuah itu keji manakala bersedekah amalan yang terpuji.

“Para pentaksub tegar janganlah mempertahankan kekejian ini, kembalilah kepada hadis dan ayat-ayat al-Quran untuk mendapat petunjuk tentang erti bersedekah dan adab-adabnya. Tolong jangan cemari kemuliaan bersedekah dan peliharalah nama baik Islam!” katanya.

Menurut Mujahid, sedekah atau dalam bahawa Arab sadaqah bermakna sesuatu pemberian kepada fakir miskin.

Sama ada dalam bentuk wang, harta, makanan atau pakaian dengan niat taqarub kepada Allah.



Perbuatan itu, katanya, bukan untuk menunjuk-nunjuk dengan manusia dan bersikap riak.

Katanya, perbuatan bersedekah termasuk dalam tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah pada hari akhirat.

“Adab bersedekah sangat mulia kerana perbuatannya dikira sebagai ganjaran pahala yang tinggi di sisi Allah.

“Oleh kerana ia perbuatan yang mulia, Allah memastikan kemuliaan perbuatan sadaqah itu tidak dicemari dengan akhlak yang keji seperti memberi dengan mengungkit-ungkit, menyakiti orang yang menerima sedekah dengan kata sombong dan menunjuk-nunjuk.



“Perbuatan mulia bersedekah boleh terbatal dengan membangkit-bangkitkan kebaikan pelakunya,” tegas Mujahid.

Perbuatan sedekah menjadi perhatian selepas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau mendakwa ia adalah sedekah dan pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Katanya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang) tetapi orang awam mahu beri sedekah, terpulang kepada dia,” kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas langkah UMNO Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, yang dimenangi calon PAS. MG

Pentaksub tegar jangan pertahan kekejian rasuah jadi sedekah – Mujahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker