Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan

JAKARTA  – Seekor buaya yang bertindak menghantar jasad seorang kanak-kanak lelaki ke Sungai Mahakam, Kutai Kartanegara, Kalimantan tidak akan dipindahkan ke tempat lain, lapor portal berita Detiknews kelmarin.

Menurut Balai Konvervasi Sumber Daya Alam (BKSDA), buaya muara tersebut dikatakan tidak dipindahkan kerana wilayah itu sudah menjadi habitatnya sejak sekian lama.

“Tidak ada perpindahan kerana tempat itu (adalah) habitat buaya. Sebelum kita ada, haiwan itu sudah pun ada dan kerana sudah ada di situ agak susah untuk memindahkannya,” jelas Ketua BKSA, Matheas Ari Wibawanto.

Sebelum ini, jasad seorang budak lelaki, Muhammad Ziyad Wijaya berumur empat tahun dihantar oleh seekor buaya setelah dia lemas di perairan tersebut pada Jumaat lalu.

Video yang menunjukkan haiwan itu menghantar jasad budak tersebut tersebar menerusi telefon dan media sosial dengan menunjukkan buaya berkenaan berenang serta membawa jasad Ziyad di atas kepalanya.

Ari menyatakan terdapat ratusan buaya dengan berbagai saiz yang berada di sungai tersebut malah jumlahnya melibatkan ratusan ekor dan beliau juga menekankan agar masyarakat setempat tetap waspada ketika melakukan aktiviti di lokasi itu. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker