Batu bersurat tertua di dunia ditemui

Batu bersurat tertua di dunia ditemui

COPENHAGEN: Ahli arkeologi di Norway mendakwa mereka sudah menemui batu bersurat yang tertua di dunia, iaitu berusia lebih 2,000 tahun.

Mereka mendakwa, batu inskripsi itu berasal dari zaman awal sejarah penulisan bahasa runic yang misteri.



Muzium Sejarah Budaya di Oslo melaporkan, batu bersurat itu adalah blok batu pasir berwarna coklat dan berbentuk rata serta bersaiz segi empat sama, ditemui di Norway.

Ia dikesan mempunyai ukiran tulisan yang mungkin adalah contoh terawal perkataan yang direkodkan secara bertulis di Scandinavia.

Artifak itu juga adalah ‘antara inskripsi runic tertua yang pernah ditemui’ dan ‘batu bersurat tertua berdata di dunia’.

Seorang profesor dan budaya dari Universiti Oslo, Kristel Zilmer, berkata penemuan ini akan memberi kita banyak pengetahuan tentang penggunaan batu bersurat pada awal Zaman Besi.



“Ini mungkin salah satu percubaan pertama untuk menggunakan batu bersurat di Norway dan Scandinavia di atas batu,” katanya kepada The Associated Press.

Penemuan batu bersurat turut ditemui bersama satu objek berupa sikat tulang di Denmark. Ia mungkin menggunakan hujung pisau atau jarum untuk mengukir batu itu.

Batu bersurat itu ditemui pada musim luruh pada tahun 2021 sewaktu penggalian kubur berhampiran Tyrifjord, barat Oslo yang turut terkenal dengan beberapa penemuan arkeologi yang monumental.

Ia juga berkemungkinan ditulis antara 1 AD hingga 250 AD.



Beliau berkata, faktor utama penemuan itu baru sahaja diumumkan adalah kerana tempoh untuk menganalisis dan tarikh batu bersurat itu.

Artifak berukuran 31 sm x 32 sm (sentimeter) itu mempunyai beberapa jenis inskripsi dan tidak semuanya bersifat linguistik.

Lapan persuratan di permukaan hadapan batu itu berbunyi ‘idiberug’ yang mungkin merujuk kepada nama wanita, lelaki atau keluarga.

Zilmer turut menggelar sebagai ‘sesuatu yang paling sensasi yang pernah ditemuinya sebagai seorang ahli akademik’.



Katanya, ketika ini, masih banyak penyelidikan yang perlu dilakukan ke atas batu itu, yang turut digelar sebagai batu Svingerud sempena nama tapak yang ditemui.

“Tanpa ragu, penemuan ini memberi pengetahuan berharga tentang sejarah awal penulisan runic,” kata Zilmer.

Batu bersurat itu akan dipamerkan selama sebulan, bermula pada 21 Januari lalu, di Muzium Sejarah Budaya, yang turut mempunyai koleksi artifak sejarah terbesar Norway dari Zaman Batu hingga zaman moden. BH

Batu bersurat tertua di dunia ditemui



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]



Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker