Terapung 10 jam dalam sungai, wanita gagal bunuh diri

Pinthong cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai. – Khaosod

 

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Mae Klong di wilayah Samut Songkram, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wanita itu cuba melemaskan dirinya, tetapi terapung selama 10 jam sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Pemilik Restoran Baan Koh, Wichai Tiamcharoen, 45, menghubungi pasukan penyelamat selepas melihat ‘mayat’ seorang wanita terapung di jeti berhampiran kedai makannya.



Wanita yang kemudiannya dikenali sebagai Pinthong, 45, itu memakai baju berwarna merah manggis dan seluar hitam.

Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian dan terjun ke dalam sungai untuk menariknya ke tebing. Selepas menganggap dia sudah mati, pasukan itu terkejut apabila Pinthong tiba-tiba membuka matanya.

Anggota penyelamat, Samrit Karndee memberitahu bahawa selama satu dekad menyertai pasukan perkhidmatan kecemasan, dia tidak pernah melihat perkara seperti itu terjadi.

Samrit berkata, dia terkejut  melihat wanita itu membuka matanya  tetapi segera fokus untuk membantu mangsa. Pasukan penyelamat kemudian membawa Pinthong ke hospital kerana dia keletihan.



Selepas pulih, Pinthong memberitahu, dia tertekan dan keluar dari rumah pada malam sebelumnya untuk membunuh diri di jeti berhampiran Wat Chong Lom. Lokasi itu terletak kira-kira 2 kilometer dari tempat dia ditemui.

Media Thailand melaporkan bahawa dia menghabiskan masa lebih 10 jam terapung di sungai sebelum dibantu penyelamat. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker