Langgar lampur merah, Axia terbakar dihentam BMW [VIDEO]

SEREMBAN – Padah melanggar lampu isyarat merah, sebuah kereta dirempuh sebelum terbakar di simpang empat lampu isyarat,Jalan Sungai Ujong berhadapan bangunan Palm Mall di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian pada jam 10.45 malam itu membabitkan dua kenderaan iaitu jenis Perodua Axia dan BMW 320i.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Axia dari arah Petron Sungai Ujong menuju ke arah Time Hotel, Seremban dipandu lelaki berusia 45 tahun seorang diri.



“Sebaik tiba di lokasi telah bertindak mengabaikan lampu isyarat berwarna merah dari arahnya lalu membelok ke kanan untuk masuk ke simpang.

“Kemudian datang sebuah kereta jenis BMW 320i dipandu lelaki berusia 40 tahun juga seorang diri dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi sebelah kiri kereta Perodua Axia itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, pelanggaran tersebut telah menyebabkan kereta Perodua Axia itu berpusing lalu terbabas menaiki tembok tengah pembahagi jalan dan melanggar sebatang tiang lampu isyarat.

“Impak pelanggaran tersebut juga telah menyebabkannya terbakar keseluruhan. Bagaimana pun, tiada kecederaan dialami oleh kedua-dua mangsa.



“Manakala kenderaan terbakar telah berjaya dipadamkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang di lokasi kejadian. Kes disiasat di bawah Rule 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker