Abang bomba gendong pendaki cedera turun bukit

Abang bomba gendong pendaki cedera turun bukit

CAMERON HIGHLANDS: Seorang pendaki wanita yang cedera pada kaki digendong untuk dibawa turun oleh anggota Bomba dan Penyelamat Balai (BBP) Cameron Highlands, pada jam 4.40 petang ini.

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba Penyelamat Pahang, Shahrul Nizam Nasir, berkata pendaki berkenaan cedera ketika mendaki Gunung Jasar di Jungle Trail 10, Cameron Highlands bersama empat rakannya.



“Sepasukan lapan anggota BBP Cameron Highlands bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Anggota bomba telah menurunkan mangsa yang cedera dengan cara menggendong,” katanya.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tanah Rata untuk rawatan lanjut, manakala empat rakannya, iaitu tiga wanita dan seorang lelaki tidak cedera.

“Penggemar aktiviti lasak dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika mendaki gunung, khususnya dalam keadaan cuaca tidak menentu sekarang,” katanya. BH



Abang bomba gendong pendaki cedera turun bukit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu



Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker