Siti beli aset mewah di Dubai

Siti beli aset mewah di Dubai

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan melabur di Dubai dengan membeli sebuah kediaman mewah di lokasi perdagangan dan kediaman popular di dunia itu, seperti yang dihebohkan netizen, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Siti menafikan kediaman itu mencecah nilai puluhan juta ringgit seperti didakwa.



“Setiap orang punya impian dan itu (kediaman) adalah antara impian saya. Saya anggap pembelian hartanah itu adalah sebagai suatu pelaburan.

“Selain itu, saya juga bercadang mengembangkan perniagaan di Asia Barat. Lokasi itu dipilih kerana saya memang sukakan Dubai kerana ia sebuah negara Islam yang pesat membangun.

“Bagaimanapun, harga puluhan juta ringgit yang digembar-gemburkan itu sebenarnya berlebih-lebih.

“Harganya tidaklah seperti digembar-gemburkan. Saya belum mampu lagi untuk capai tahap itu… Itu melampau-lampau,” katanya ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-44 dan penubuhan kelab peminat, Sitizoners yang ke-19 di sini, hari ini.



Biarpun agak keberatan untuk berkongsi lanjut mengenai hartanah itu, penyanyi Biarlah Rahsia ini berharap apa yang dilakukannya membawa pengaruh positif kepada masyarakat

“Apa pun saya ambil itu sebagai perkara positif supaya dapat merealisasikan impian sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan Dubai, Siti berkata, Asia Barat adalah salah satu lokasi strategik untuk dia mengembangkan perniagaan.

“Segala yang terbaik ada di sana. Selain itu, saya suka dengan kepesatan dan pembangunan Dubai.



“Mungkin suatu hari nanti kerjaya saya akan berkembang di sana,” katanya. BH

Siti beli aset mewah di Dubai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker