UMNO Terengganu tidak bersama mereka – Ahmad Said

UMNO Terengganu tidak bersama mereka – Ahmad Said

Tindakan seorang ahli Umno Kuala Nerus menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung keputusan Perhimpunan Agung Umno 2022 adalah bersifat peribadi.

Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said berkata tindakan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir itu tidak melambangkan pandangan atau pendirian Umno Terengganu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Kijal menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan tertinggi parti untuk menentukan bentuk tindakan atau hukuman yang bakal dikenakan terhadap ahli berkenaan.

“Siapa dia (Muhammad Aizat Fikri)? Dia hanya ahli biasa sahaja. Kalau kata nak bangkit juga ada ke dibuat mesyuarat khas jawatankuasa bahagian, mesyuarat khas dan sebagainya?” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan air minuman kepada kira-kira 500 penduduk Ketengah Jaya, Dungun yang terjejas akibat terputus bekalan air.

Semalam, dua ahli Umno dilaporkan menghantar aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung Umno 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata keputusan parti untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi berkenaan bukan kali pertama berlaku dalam Perhimpunan Agung Umno.

Katanya usul itu dipersetujui perwakilan memandangkan enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini. Mk

UMNO Terengganu tidak bersama mereka – Ahmad Said

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker