Pengorbanan Wendy

Pengorbanan Wendy

Atlet terjun berpengalaman negara, Wendy Ng rela hanya bercuti selama sehari bagi sambutan Tahun Baru Cina demi merealisasikan impiannya untuk membuat penampilan keempat pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Penerjun berasal dari Ipoh, Perak itu, berkata dia ketika ini dalam persiapan bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun bermula 14 hingga 30 Julai depan yang menawarkan slot automatik ke Paris selain Sukan Asia Hangzhou pada 23 September hingga 8 Oktober.

Katanya, dia menjadikan Datuk Leong Mun Yee sebagai sumber inspirasinya selepas bekas ratu terjun negara itu berjaya melayakkan diri beraksi di pentas Olimpik sebanyak lima kali sepanjang kerjayanya sebelum mengumumkan persaraan awal tahun lalu.

Mun Yee yang kini menggalas tanggungjawab selaku penolong jurulatih kebangsaan lima kali membuat penampilan di pentas Sukan Olimpik bermula di Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008, London 2012 dan Tokyo 2020.

“Sambutan Tahun Baru Cina kali ini jurulatih hanya memberikan cuti selama sehari dan sebab itu saya tidak dapat pulang ke Ipoh, tetapi mungkin saya akan melawat nenek saya sekejap.

“Tahun ini amat penting kerana kelayakan ke Sukan Olimpik sudah bermula, biarpun saya tidak akan ke Sukan SEA (Kemboja), tetapi masih ada Sukan Asia (Hangzhou) yang saya perlu persiapkan diri saya untuk saingan itu,” kata Yan Yee yang mula beraksi di pentas Sukan Olimpik pada 2012 di London sehinggalah yang terakhir Olimpik Tokyo 2020.

Untuk layak ke Paris, Wendy perlu menempatkan diri dalam kelompok 12 terbaik di Kejohanan Dunia nanti yang menjadi medan kelayakan pertama ke temasya terbesar dunia itu.

Jika layak ke Paris tahun depan, ia kemungkinan besar bakal menjadi penampilan terakhirnya di temasya berkenaan mengambil kira usianya yang bakal menjangkau 30 tahun pada 11 Julai depan.

“Saya rasa kalau badan saya masih boleh melakukan terjunan, saya akan cuba buat yang terbaik untuk negara saya.

“Beraksi di Sukan Olimpik adalah impian semua atlet, namun untuk menjadi seorang Olimpian bukanlah mudah, berjaya melayakkan diri juga boleh dianggap satu pencapaian yang besar,” kata Wendy. BH

Pengorbanan Wendy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker