Hadi pertahan pemberian wang kepada pengundi

Hadi pertahan pemberian wang kepada pengundi

Hadi Awang mempertahankan pemberian wang, selepas PAS dituduh menyogok pengundi dengan mengagihkan bantuan yang diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15.

“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi. Jadi orang awam nak bagi sedekah terpulang pada dia lah,” kata presiden PAS itu kepada pemberita, selepas program Perikatan Nasional di Seri Menanti, Negeri Sembilan.



Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapa atau apa yang dimaksudkan sebagai “orang awam”.

Hadi berkata demikian apabila ditanya mengenai langkah Umno Terengganu memfailkan petisyen kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang, dan Kemaman.

Ketua Umno Terengganu, Ahmad Said, berkata PAS didakwa menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan Terengganu, pada 15 hingga 17 Nov 2022, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa. PRU15 diadakan pada 19 Nov.

Hadi menyifatkan tindakan Umno Terengganu itu sebagai “gerak saraf”.



Pada PRU15, PAS mememangi ketiga-tiga kerusi Parlimen itu, dengan Hadi, yang mempertahankan Marang, memang dengan majoriti 41,729 undi. FMT

Hadi pertahan pemberian wang kepada pengundi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker