Jual rumah, kereta akibat gaji tertunggak

Jual rumah, kereta akibat gaji tertunggak

Segala-galanya sudah dijual termasuk kereta dan rumah kerana penangan tunggakan gaji tiga bulan yang tidak dibayar pengurusan Sarawak United.

Itu luahan bekas pemain Sarawak United yang mendakwa tunggakan gaji masih belum lagi dibayar walaupun sudah menggunakan pelbagai cara termasuk merayu kepada pengurusan supaya menyelesaikannya.

Bekas pemain Sarawak United, Raja Imran Shah Raja Amin berkata, janji manis pengurusan Sarawak United untuk melangsaikan hutang terbabit hanya kata-kata kosong apabila sehingga kini mereka masih membisu berkaitan perkara itu.

Malah, katanya, rakannya di pasukan terbabit terpaksa menjual rumah dan meminjam daripada saudara terdekat untuk membeli barangan keperluan termasuklah menyelesaikan hutang bank.

“Kami sudah puas merayu kepada pengurusan dan mengadu kepada semua pihak berkaitan untuk membantu menyelesaikan masalah tunggakan gaji.

“Sebelum ini, pengurusan Sarawak United berjanji nak selesaikan pada Disember lalu, namun sekarang ini senyap saja.

“Jika keadaan terus terdesak mungkin ada antara pemain terpaksa meminjam daripada Along kerana kesempitan wang,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabia beberapa pemain Sarawak United mendedahkan mereka masih mengalami tunggakan gaji sehingga sekarang dengan pembayaran terakhir dibuat pada Ogos lalu.

Mereka mendakwa hanya menerima tiga bayaran sahaja iaitu pada Februari, Mac dan terakhir Ogos dengan lebih buruk lagi ada antaranya sudah empat bulan gaji tertunggak.

Mengikut rekod, Sarawak United sebelum ini tidak diberikan Lesen Kebangsaan untuk menyertai Liga Super 2023 selepas gagal memenuhi keperluan ditetapkan untuk mendapatkan kelulusan.

Selain itu, kelab itu pernah dikenakan denda oleh Persekutuan BolasSepak Antarabangsa (Fifa) susulan tunggakan gaji terhadap bekas pemain mereka iaitu Sandro Da Silva. HM

Jual rumah, kereta akibat gaji tertunggak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker