Kalau belum ajal…

Kalau belum ajal…

Canberra: Seorang nelayan di Australia terselamat daripada dibaham buaya sepanjang 4.6 meter selepas dipercayai sempat mencungkil mata reptilia itu dengan jarinya.

Daily Star melaporkan, lelaki berusia 44 tahun itu bernasib baik kerana masih hidup walaupun selepas buaya berkenaan menggigitnya sebanyak tiga kali.



Meskipun begitu, mangsa mengalami patah tulang dan parah di kepala, perut dan kakinya.

Insiden berlaku selepas mangsa berenang di Archer Point pada petang Sabtu lalu.

Ia adalah kawasan perkhemahan popular terletak kira-kira 20 kilometer (km) ke selatan Cooktown di Semenanjung Cape York, Queensland.

Ketika kejadian, mangsa diseret buaya itu jauh di bawah permukaan air, tetapi dapat melepaskan diri dan berenang ke arah batu sebelum pasukan penyelamat tiba.



Dia kemudian diberi bantuan perubatan oleh sekumpulan enam petugas.

Pasukan kecemasan merawat mangsa yang cedera dan lelaki itu diterbangkan ke Hospital Cairns untuk menerima rawatan lanjut.

Kakitangan Perkhidmatan Ambulans Queensland Valerie Noble berkata, buaya itu menggigit lelaki terbabit sebanyak tiga kali kemudian menyeret mangsa.

“Dia berjaya masukkan jarinya di mata buaya itu beberapa kali sebelum berenang ke arah pantai.



“Dia seorang lelaki yang sangat bertuah, tidak ramai orang akan hidup untuk menceritakan kisah seperti itu,” katanya.

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar dan Sains Queensland mengesahkan kejadian dan akan menyiasat insiden berkenaan. HM

Kalau belum ajal…



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker