Bantuan tambahan untuk peniaga mangsa banjir

Bantuan tambahan untuk peniaga mangsa banjir

Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara petang tadi memuktamadkan beberapa bantuan tambahan kepada mangsa banjir seluruh negara, khususnya pemilik perniagaan yang terjejas.

Ia adalah tambahan kepada peruntukan awal berjumlah RM100 juta bagi membaik pulih rumah dan infrastruktur yang rosak serta Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 diberikan kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir, seperti diumumkan semalam.



Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembiayaan kewangan tanpa faedah atau keuntungan sehingga RM5,000 melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya, tempoh bayaran pembiayaan bagi membantu usahawan itu bermula hanya enam bulan selepas perjanjian pembiayaan ditandatangani.

Selain itu, katanya, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir melalui TEKUN Nasional, manakala koperasi yang terjejas dibantu melalui Bantuan Kecemasan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga RM30,000.

“Kerajaan bersetuju memberikan dua bulan pengecualian sewa kepada penyewa SME Bank’s Entrepreneur Premises Complex yang terjejas akibat banjir.



“Melalui SME Bank, kerajaan akan memudah cara permohonan penstrukturan semula pinjaman yang terjejas akibat banjir.

“Kerajaan juga ingin mengumumkan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bersetuju menyumbang RM50.8 juta bagi membantu usaha menangani bencana banjir dan usaha pemulihan pasca banjir, peningkatan lebih 100 peratus berbanding jumlah RM25 juta yang diumumkan semalam.

“GLIC dan GLC yang menyumbang termasuklah Petronas, Yayasan Petronas, Khazanah Nasional dan Yayasan Hasanah, Yayasan Sime Darby, CIMB, Celcom, Telekom Malaysia, Yayasan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Dengan geran Kerajaan sebanyak RM25 juta, ini bermakna dana untuk usaha menangani impak banjir dan pemulihan pasca-banjir adalah RM75.8 juta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. BH



Bantuan tambahan untuk peniaga mangsa banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis



Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker