Anwar jangan mudah tersinggung – Muhyiddin
Anwar jangan mudah tersinggung – Muhyiddin
Sebagai ketua kerajaan perpaduan dan pemimpin Pakatan Harapan (PH), kata Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim tidak sepatutnya berasa tersinggung dengan “kritikan dan pertanyaan yang sah” ditimbulkan ke atasnya.
Kata Muhyiddin kritikan dan pertanyaan tersebut dibuatnya dalam ucapan-ucapan politik.
Itu adalah antara hujah balas dikemukakan presiden Bersatu itu bagi menjadi pembelaan terhadap saman yang dikemukakan Anwar terhadapnya baru-baru ini.
Muhyiddin mendakwa kata-kata yang dilafazkannya semasa kempen politik menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu bukanlah mempunyai sebarang unsur fitnah selain melibatkan hal-hal berkepentingan awam.
Tambah pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu lagi kenyataan yang dibuatnya dalam acara politik di kawasan parlimen Padang Serai pada Nov tahun lepas lalu juga tidak diketahuinya diterbitkan semula dalam aplikasi TikTok.
Muhyiddin juga berhujah dia tidak mempunyai kawalan atau pengetahuan mengenai akaun TikTok yang memuat naik kenyataan tersebut.
“Sebagai ketua kerajaan perpaduan, pemimpin PH dan perdana menteri terkini, (Anwar) tidak harus tersinggung terhadap kritikan dan pertanyaan yang sah yang ditimbulkan oleh defendan (Muhyiddin) semasa ucapan-ucapan politik,” katanya.
Wajib sampaikan kenyataan
Muhyiddin juga berkata Anwar sepatutnya menjawab pertanyaan yang dikemukakan dalam ceramah itu secara terbuka dan menafikannya sebagai palsu.
“Memandangkan kedua-dua plaintif dan defendan adalah tokoh awam dan pemimpin parti masing-masing, adalah penting mereka sering berhadapan dengan dakwaan yang mungkin telah disalah nyata, disalah sebut atau diambil di luar konteks oleh media,” kata bekas perdana menteri itu lagi.
Anwar pada 20 Dis lalu memfailkan saman fitnah terhadap ahli parlimen Pagoh berkenaan selepas dia dituduh menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor.
Peguam utama Anwar, Sankara Nair memberitahu Malaysiakini, writ saman berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sebelum itu pada 7 Dis Anwar mengeluarkan surat tuntutan yang memberi Muhyiddin tempoh tiga hari untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung dakwaan di media sosial dan menarik balik video TikTok berkaitan.
Muhyiddin juga dituntut untuk membuat aku janji bertulis supaya tidak lagi mengulanginya.
Surat tuntutan Anwar itu adalah berkenaan kenyataan Muhyiddin semasa berucap dalam ceramah besar PN menjelang pilihan raya di Padang Serai pada 5 Dis.
Pejabat Menteri Besar Selangor sudah mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu Anwar hanya dibayar – secara simbolik – sebanyak RM1 setahun atas peranannya menjadi penasihat ekonomi negeri.
Muhyiddin turut memberitahu, sebagai ahli politik dan pengerusi PN, dia mempunyai kewajiban yang sah untuk memberikan maklumat kepada ahli parti dan pengundi Padang Serai.
Dia juga, tambah Muhyiddin berhak menyatakan pendapatnya mengenai kelayakan seseorang yang memegang jawatan awam.
Melalui dokumen yang diserahkan kepada mahkamah itu, Muhyiddin berhujah ahli parti dan pengundi mempunyai kepentingan sosial dan moral yang sah semasa menerima maklumat dan pendapat tersebut.
Dalam keadaan tersebut, katanya, dia mempunyai kewajiban dan/atau kepentingan yang sah untuk menyampaikan kenyataan yang dipertikaikan itu kepada mereka.
Sekatan terhadap kenyataan berkenaan, kata Muhyiddin, bercanggah dengan hak kebebasan bersuaranya yang dinyatakan dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. Mk
Anwar jangan mudah tersinggung – Muhyiddin
Baca Artikel Menarik:
- Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai – Anwar
- ‘Kelakuan jengkel’ Shafee meletihkan mahkamah – Zaid
- Sudah macam ‘gila talak’
- Shahrir sindir Ambiga, bila kawan sendiri kena baru salah guna kuasa
- Ramasamy tak puas hati hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK
- Intel beri komitmen pelaburan RM30 bilion
- Jual rumah, kereta akibat gaji tertunggak
- Anwar mampu kembalikan martabat Malaysia – Abang Johari
- “Masa Kahwin, I Buang Karier, I Fokus Jaga Suami & Anak-Anak” – Luah Puteri Sarah
- Kedekut nak beri beg plastik, lelaki naik angin rempuh kedai serbaneka
- Umno Alor Setar buat pusing U, akur jawatan ‘top 2’ tak dipertandingkan
- Myvi buat hal rempuh Hilux (Video)
- 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson
You must be logged in to post a comment.