Gagal ‘pujuk’ isteri, suami bakar rumah pemberian mentua

Gagal ‘pujuk’ isteri, suami bakar rumah pemberian mentua

Gagal ‘pujuk’ isteri, suami bakar rumah pemberian mentua
SEORANG lelaki bertindak membakar rumah pemberian mentua setelah bergaduh dengan isterinya. – dok. istimewa

JAKARTA – Akibat gagal mengawal kemarahan selepas bertengkar dengan isterinya, seorang lelaki di Sulawesi Selatan bertindak membakar rumah pemberian ibu dan bapa mentuanya hingga menjadi abu, lapor portal berita detikSulsel.

Suspek yang dikenali sebagai Yober Payung, dilaporkan mengalami gangguan emosi ekoran gagal berkomunikasi dengan isterinya bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Menurut polis , kejadian berlaku di Dusun Tongko Situru, Desa Tarabbi, dalam wilayah Luwu Timur kira-kira jam 8.30 malam (waktu tempatan), Sabtu lepas.

Pegawai Perhubungan Awam Polis Luwu Timur, Ipda Mustajuddin berkata, suspek dengan sengaja membakar kediaman tersebut yang merupakan aset milik keluarga mentuanya.Rumah & Taman

“Betul, rumah yang dibakar milik mentuanya yang telah diserahkan kepada suspek dan isteri untuk dijadikan tempat tinggal mereka,” katanya dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni


Siasatan awal mendapati suspek pada mulanya datang ke rumah ibu bapa mentuanya bersama anaknya dengan niat baik untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

Bagaimanapun, kehadiran suspek tidak mendapat respons yang baik daripada pihak isteri mahupun ibu mentuanya.

Kecewa kerana tidak menemui jalan keluar, suspek kemudian pulang ke rumah pemberian mentuanya yang terletak kira-kira 500 meter dari situ.

Setibanya di rumah, suspek sekali lagi cuba memujuk dan berkomunikasi dengan isterinya melalui aplikasi WhatsApp, namun gagal mencapai kata sepakat.

Kegagalan komunikasi tersebut akhirnya mencetuskan amarah suspek.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN


Dalam keadaan emosi yang tidak stabil, suspek bertindak menyiram minyak tanah ke atas tilam di dalam rumah berkenaan lalu menyalakan api.

Selepas melihat api marak, suspek segera melarikan diri ke rumah ibu bapa kandungnya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian bagi menyembunyikan diri. – AGENSIKeibubapaan

Gagal ‘pujuk’ isteri, suami bakar rumah pemberian mentua


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker