Firma guaman saya tidak patut disalahkan sebab Najib dipenjara – Zaid

Firma guaman saya tidak patut disalahkan sebab Najib dipenjara – Zaid

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim menegaskan bahawa firma guamannya tidak boleh disalahkan kerana menyebabkan Datuk Seri Najib Razak gagal dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan dipenjarakan.

Zaid yang juga seorang peguam, berkata mereka sudah melakukan yang terbaik sepanjang tempoh lima minggu selepas dilantik pada 26 Julai tahun lalu bagi mengendalikan rayuan berkenaan.



Bagaimanapun, katanya, beliau dan pasukan peguam tidak menyangka dan terlalu berharap supaya Mahkamah Persekutuan membenarkan penangguhan bagi peguam meneliti kes terlebih dahulu sebelum rayuan didengar.

“Tetapi sudah tentu, perkara ini tidak berlaku… Kami tidak diberi penangguhan dan perkhidmatan kami sebagai peguam cara baharu ditamatkan,” katanya.

Zaid berkata demikian melalui hantaran video di Facebook untuk menjawab apa yang disifatkan ‘serangan’ oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee mengenai cara pasukan peguam yang baru dilantik mengendalikan rayuan itu menerusi hujahan permohonan semakan Najib di Mahkamah Persekutuan semalam.

Dalam hujahannya, Muhammad Shafee berkata, atas nasihat Zaid dan rakan kongsinya Niru Pillai, Najib memutuskan menggantikan pasukan guaman Tetuan Shafee & Co. dengan Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan diberi jaminan bahawa mahkamah akan memberi masa yang munasabah untuk pihak peguam bersedia.



Beliau berkata, Najib yakin dan percaya dengan nasihat yang diberikan serta diyakinkan oleh peguam dan firma guaman yang baharu bahawa mahkamah akan memberikan mereka masa yang secukupnya sebelum rayuan akhir itu didengar.

Katanya, Najib menukar segalanya selepas bersandarkan kepada nasihat pasukan pembelaan ZIST dan tegasnya Majlis Peguam atau mahkamah boleh memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap mereka jika didapati melakukan kesalahan.

Muhammad Shafee juga mendakwa firma Zaid tidak mengamalkan undang-undang jenayah, dan tidak dilengkapi untuk mengendalikan kes rumit seperti yang dihadapi Najib.

Sementara itu Zaid berkata, kem Najib berada dalam keadaan terdesak selepas gagal dalam banyak permohonan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.



“Mereka meminta pandangan kami, dan saya berkata ketidakcekapan Shafee yang menyebabkan kesukaran ini…jika anda mahukan keputusan berbeza pada peringkat terakhir iaitu di Mahkamah Persekutuan, anda perlu menggantikan Muhammad Shafee…dan saya menyatakannya dengan jujur.

“Jika anda lihat, Shafee adalah seorang ‘show man’yang baik. Dia bukan peguam yang bagus, kerana pendekatan yang digunakan adalah secara rambang…Dia bercakap mengenai konspirasi politik tanpa bukti.

“Saya beritahu mereka bahawa untuk menyerang kredibiliti atau integriti Nazlan (hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini hakim mahkamah rayuan) adalah tidak cerdik kerana Nazlan seorang yang berintegriti dan tidak ada bukti beliau mengambil wang atau sebagainya, ” katanya.

Zaid berkata, pihaknya hanya boleh memilih isu konflik kepentingan kerana isu berhubung Mohd Nazlan ialah beliau terbabit dalam 1MDB ketika bekerja dengan Maybank.



Sehubungan itu, katanya, beliau terus mengumpulkan pasukan termasuk peguam bela dari India yang berpengalaman luas dalam Kanun Keseksaan India dan undang-undang pengubahan wang haram yang bersamaan dengan undang-undang di negara ini.

Katanya, mereka membawa peguam berjumpa Najib yang pada masa itu yakin bahawa (satu-satunya) cara untuk melakukannya adalah dengan meninggalkan Muhammad Shafee.

“Sudah tentu, Shafee marah. Malah dia enggan menyerahkan fail sehingga kami meminta Najib menulis surat menamatkan perkhidmatannya. Kami membawa surat itu ke mahkamah,” katanya.

“Pasukan kami melakukan kerja yang baik dalam membentuk semula afidavit Najib dengan memadamkan dakwaan isu rasuah terhadap Nazlan dan dakwaan konspirasi politik.



“Kami mengecilkannya kepada konflik kepentingan dan menambah bukti tambahan mengenai peranan Nazlan ketika di Maybank. Kami fikir ia adalah isu yang sah untuk dibincangkan di peringkat Mahkamah Persekutuan,” katanya. BH

Firma guaman saya tidak patut disalahkan sebab Najib dipenjara – Zaid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker