Mexico juara Kumpulan A selepas belasah Czech
Mexico juara Kumpulan A selepas belasah Czech

Mexico City: Mexico mengesahkan status selaku juara Kumpulan A dengan rekod sempurna selepas menewaskan Republik Czech 3-0 di Stadium Mexico City sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Mexico mara ke pusingan 32 terbaik dan akan kembali beraksi di stadium sama pada 30 Jun, manakala Republik Czech tersingkir selepas menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan.
Mateo Chavez membuka jaringan buat Mexico pada minit ke-55 sebelum Julian Quinones memanfaatkan kerapuhan benteng pertahanan lawan enam minit kemudian.
Alvaro Fidalgo melengkapkan malam gemilang tuan rumah apabila meledak gol ketiga pada minit keempat masa kecederaan.
Mexico turut menurunkan penjaga gol berpengalaman, Guillermo Ochoa, sebagai pemain gantian pada babak kedua sekali gus membolehkannya beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia buat kali keenam pada usia 40 tahun.
Mexico juara Kumpulan A selepas belasah Czech
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Kekal Pendirian, Fokus Kestabilan Demi Rakyat – Onn Hafiz
- Gelombang Biru Banjiri Johor, Semangat Perjuangan Kian Membara
- Senarai Calon BN PRN Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat
You must be logged in to post a comment.