Rumah dipecah masuk, Mak Misah maut disamun

Rumah dipecah masuk, Mak Misah maut disamun

JASIN: Seorang warga emas maut selepas dipercayai disamun oleh seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulai Darat, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa Misah Md Amin, 91, ditemukan dalam keadaan terbaring di bahagian dapur rumahnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 3.54 pagi berhubung kejadian itu daripada jiran mangsa sebelum berjaya menahan seorang suspek warga tempatan yang berusia 20 tahun.



“Kejadian berlaku pada awal pagi tadi yang mana selepas mendapat maklumat, sepasukan polis terus ke lokasi kejadian dan menemui warga emas yang tinggal seorang diri itu dalam keadaan terbaring di dapur rumah.

“Bertindak atas maklumat kemudian pasukan polis berjaya menahan suspek di kawasan berhampiran kira-kira enam jam kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, warga emas berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Jasin bagi proses bedah siasat, manakala motif kejadian serta punca kematian masih dalam siasatan.

Ujarnya, suspek yang ditahan itu juga mempunyai tiga rekod lampau berhubung kes rompak dan samun.

“Warga emas ini telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dipanggil ke lokasi kejadian, namun punca kematian itu akan diketahui selepas selesai bedah siasat.



“Suspek yang juga penganggur ini juga mempunyai tiga rekod lampau dan buat masa ini suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Sementara itu, jiran mangsa yang juga saksi kejadian berkenaan ketika ditemui berkata, dia terjaga daripada tidur kira-kira pukul 1.50 pagi sebelum dia kemudian terdengar suara warga emas yang mesra disapa Mak Misah itu mengerang kesakitan sebelum terlihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu dapur rumahnya kira-kira jam 2.10 pagi tadi.

“Saya mula mengesyaki sesuatu yang buruk apabila nampak ada kelibat orang berlari, namun saya tidak sangka Mak Misah sudah meninggal dunia akibat disamun.

“Selepas melihat keadaan selamat, saya segera memanggil jiran sebelah dan menceritakan kejadian itu sebelum dia menghubungi polis,” katanya yang berusia 43 tahun. Aw



Rumah dipecah masuk, Mak Misah maut disamun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker