Tunang rupanya isteri orang, lelaki rugi RM30 ribu

Tunang rupanya isteri orang, lelaki rugi RM30 ribu

SIBU: Pelamin angan seorang pemuda dari Kuching musnah setelah didakwa diperdaya tunangnya yang merupakan isteri orang dan dijanjikan untuk berkahwin pada 10 Nov lepas.

Wanita yang didakwa sudah mempunyai dua anak dikatakan bersubahat dengan bapanya sehingga menyebabkan lelaki berusia 28 tahun itu kerugian kira-kira RM30,000, membabitkan kos keseluruhan persediaan perkahwinan mereka.

Lelaki yang bekerja sebagai pekerja luar pesisir itu berkata maruah keluarganya turut tercalar akibat perbuatan wanita yang didakwa anggota badan beruniform bertugas di selatan tanah air.

Berikutan itu, lelaki berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Daro pada 10 Nov lepas dan perkara itu disahkan Ketua Polis Sibu Zulkipli Suhaili.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara berkenaan.

Terdahulu, menerusi catatan di Facebook yang tular sejak semalam, seorang lelaki mendakwa mengenali wanita berkenaan sejak 2021 dan melangsungkan pertunangan pada 12 Okt tahun lepas di Kuching.

Menurut lelaki itu, mereka sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah pada 10 Nov (Jumaat) dan majlis persandingan pada 11 Nov di rumah pengantin perempuan di Matu, Mukah.

“Hari yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia untuk aku tetapi jadi mimpi ngeri,” katanya menerusi catatan berkenaan.

Pada hari sepatutnya berlangsung akad nikah, dia bersama rombongan seramai 22 orang tiba di rumah pengantin perempuan tetapi hairan kerana tiada tanda-tanda persiapan majlis dibuat sebaik tiba di lokasi.

Mangsa kemudiannya cuba menghubungi calon isteri yang berusia 30 tahun dan juga bapanya namun gagal.

“Selepas itu, saya pergi ke rumah jiran sebelah dan rupanya tuan rumah sebelah itu mak saudara si pengantin perempuan. Jadi kami beritahu tujuan datang dan tanya mengenai pengantin perempuan sama ada kenal atau tidak.

“Bertambah geram dan terkejut apabila mereka beritahu nama sebenar dia. Lagi parah perempuan tu dah berkahwin dan ada dua orang anak,” katanya.

Mangsa turut memuat naik gambar wanita berkenaan dan bapanya di Facebook. FMT

Tunang rupanya isteri orang, lelaki rugi RM30 ribu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker