Amerika arah warganya keluar dari Ukraine segera

Amerika arah warganya keluar dari Ukraine segera

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan arahan kepada ahli keluarga pegawai diplomatnya untuk meninggalkan Ukraine dengan segera selepas mendakwa wujud ancaman berterusan tindakan ketenteraan daripada Russia.

Jabatan Negara berkata, kakitangan pejabat kedutaan dan warga AS turut diberikan ‘pelepasan sukarela’ untuk keluar dari negara Eropah timur itu menaiki pesawat komersial atau apa juga pengangkutan secara sendiri.



Pengumuman Jabatan Negara semalam itu dibuat susulan ketegangan yang wujud di antara Russia dan Barat berhubung keselamatan Eropah serta kebimbangan mungkin berlaku pencerobohan tentera Russia di Ukraine.

Russia dilaporkan menempatkan puluhan ribu tentera di sempadannya dengan Ukraine, bersama-sama dengan senjata kereta kebal, kenderaan tempur, artileri dan peluru berpandu.

Tindakan Russia itu mencetuskan amaran keras dari Washington dan Eropah tetapi setakat ini rundingan yang berjalan tidak menunjukkan perkembangan seperti diharapkan.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken semalam turut menolak idea untuk mengenakan sekatan ke atas Moscow sebelum pencerobohan mungkin berlaku sebaliknya langkah itu harus digunakan sebagai cara menghalang serangan.



“Sebaik saja sekatan dilaksanakan, kita tidak dapat mencegahnya lagi. Maka, apa yang kita lakukan ialah menyusun satu siri tindakan yang akan dipertimbangkan Presiden (Vladimir) Putin.

“Ia termasuk meningkatkan pertahanan di Ukraine dengan membekalkan lebih banyak bantuan ketenteraan,” katanya. BH

Amerika arah warganya keluar dari Ukraine segera


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik



Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker