Suami isteri maut, tujuh cedera nahas empat kenderaan

Suami isteri maut, tujuh cedera nahas empat kenderaan

MARANG: Pasangan suami isteri maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer (km) 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, nahas berlaku kira-kira jam 8 pagi itu membabitkan Proton Wira, Proton Satria Neo, Perodua MyVi dan Perodua Axia.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Satria dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu terbabas kerana hilang kawalan dan dipercayai terlanggar lopak air di tengah jalan.

“Kereta tersebut memasuki laluan bertentangan dan melanggar tiga kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan bertentangan,” katanya kepada pemberita, pada Jumaat.

Menurut Mohd Zain, mangsa, Rozita Mamat, 41, yang merupakan penumpang hadapan Perodua Axia berasal dari Kampung Bukit Depu di Kuala Terengganu disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu, Ahmad Arshad Mamat, 50, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Merchang.

Beliau berkata, tiga lagi penumpang di dalam Perodua Axia mengalami kecederaan parah.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. Sinar

Suami isteri maut, tujuh cedera nahas empat kenderaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker