Wang bantuan awal persekolahan lebih RM100,000 lesap dilarikan perompak
Wang bantuan awal persekolahan lebih RM100,000 lesap dilarikan perompak
Wang tunai bantuan awal persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang baharu sahaja dikeluarkan dari sebuah bank lesap dilarikan perompak dalam kejadian di Semenyih, dekat Kajang.
Dalam kejadian 10 pagi tadi wang BAP itu dikeluarkan guru besar sebuah sekolah dari bank di Kampung Baru Semenyih sebelum ia ditinggalkan di dalam kenderaan miliknya.
Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata siasatan lanjut mendapati selepas mangsa yang berusia 50 tahun mengeluarkan wang itu yang berada di dalam sebuah beg, ia kemudian ditinggalkan di dalam kenderaan mangsa jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang.
Katanya, mangsa kemudian pergi ke sebuah restoran untuk membeli minuman.
“Selang hampir 10 minit apabila dia kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta miliknya dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg berisi wang tunai tersebut telah dicuri,” katanya dalam kenyataan.
Zaid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Katanya, polis kini giat mengesan suspek terlibat dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan berhubung dengan balai polis atau terus dengan pegawai penyiasat kes Ahmad Rahmat Adnan di talian 014 5156933 bagi membantu siasatan. FMT
Wang bantuan awal persekolahan lebih RM100,000 lesap dilarikan perompak
Baca Artikel Menarik:
- Sol oh Sol!
- Mukhriz tak matang – Marzuki
- 1 kilometer untuk ke tandas
- BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang
- Dokumen diperlukan untuk terima bantuan awal persekolahan
- Didera, dibuang tepi jalan
- Lawatan sekolah berakhir dengan murid menari tarian tiang
- Skim pengeluaran awal KWSP hingga RM30,000 dimohon pencarum
- Tuduhan wujud perwakilan import memalukan PAU – Megat Zulkarnain
- Jaga mulut atau ‘tsunami hijau’ terus membesar – Sanusi
- Ismail kecewa tiada pertandingan ‘Top 2’ ‘
- Kenyataan Khairy berniat jahat – Jamal
- Perwakilan jerit ‘boo’ diupah RM300?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET