Hong Kong akan musnahkan ribuan hamster

Hong Kong akan musnahkan ribuan hamster

Hong Kong: Hong Kong akan memusnahkan ribuan hamster selepas sebahagiannya diuji positif Covid-19, di saat bandar berkenaan mengekalkan strategi sifar-Covid.

Keputusan untuk memusnahkan kira-kira 2,000 hamster dan beberapa spesis haiwan kecil dibuat selepas pihak berkuasa kesihatan mengesan kes jangkitan di kedai haiwan peliharaan.

Setiausaha kesihatan, Sophia Chan berkata, langkah berkenaan adalah untuk melindungi kesihatan awam selepas seorang pekerja kedai haiwan peliharaan dan pelanggan yang mengendalikan hamster dijangkiti Covid-19.

Pekerja berkenaan dijangkiti varian Delta, yang ketika ini agak jarang dilaporkan di Hong Kong.

“Di peringkat antarabangsa, tiada bukti menunjukkan haiwan peliharaan boleh memindahkan Covid-19 kepada manusia namun, kita mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya dalam sidang media.

Sebanyak 11 sampel positif ditemui pada hamster yang dijual di Little Boss di Causeway Bay.

Pihak berkuasa percaya ia diimport dari Belanda dan menggesa individu yang membeli hamster dari kedai berkenaan selepas 22 Disember menyerahkan haiwan berkenaan untuk dimusnahkan.

Sekitar 1,000 haiwan dari kedai itu dan gudangnya akan dimusnahkan, manakala kakitangan dan pelanggan akan diuji.

Seramai 150 individu yang mengunjungi kedai itu juga diminta mengasingkan diri termasuk 20 kakitangan gudang.

Sebanyak 1,000 lagi hamster daripada puluhan kedai haiwan peliharaan sekitar Hong Kong juga akan dimusnahkan dan perniagaan diminta menghentikan operasi.

Timbalan ketua pertanian, Thomas Sit mempertahankan tindakan berkenaan dan menyifatkannya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Orang awam dilarang mencium haiwan peliharaan dan pastikan keadaan kediaman yang bersih,” katanya.

Langkah memusnahkan haiwan itu mengundang kemarahan pencinta hamster di Hong Kong.

“Ada sesiapa yang boleh selamatkan semua hamster dan haiwan kecil lain?” tanya seorang individu di kumpulan Facebook dengan nama Hamster Blog HK yang mempunyai lebih 10,000 ahli.

Seorang individu lain meminta pegawai Hong Kong untuk pergi ke Wuhan dan musnahkan semua kelawar di sana. HM

Hong Kong akan musnahkan ribuan hamster


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker