Samun RM100,000: Guru besar beri alasan sudah biasa keluar wang tanpa polis pengiring
Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Beranang dekat Kajang, yang kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya, memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan itu tanpa polis pengiring.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya tidak pernah menerima permohonan polis pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun itu untuk tujuan transaksi berkenaan.
“Berdasarkan keterangan guru besar itu, mangsa yang berpengalaman 10 tahun mengendalikan transaksi pengeluaran wang tidak buat sebarang permohonan polis pengiring.
“Sepanjang tempoh 10 tahun itu, mangsa tidak pernah mengalami situasi sedemikian dan bagi saya amat ralat kerana pihak sekolah boleh meminta bantuan polis untuk mengiringi mereka selepas membuat transaksi pengeluaran wang di bank,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 19/13 sempena Tahun Baharu Cina 2023 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), di Kajang, hari ini.
Mohd Zaid berkata polis sudah selesai merakam keterangan beberapa individu termasuk guru besar terbabit bagi membantu siasatan.
“Kami akan melakukan siasatan secara menyeluruh daripada pelbagai sudut termasuk bagi mengenal pasti jika ada unsur-unsur kecuaian atau penglibatan ‘orang dalam’,” katanya.
Selain itu, beliau berkata polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian bagi mengenal pasti individu yang keluar dan masuk dari bank berkenaan.
Semalam, seorang guru besar kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya di Semenyih dekat Kajang.
– Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sol oh Sol!
- Mukhriz tak matang – Marzuki
- 1 kilometer untuk ke tandas
- BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang
- Dokumen diperlukan untuk terima bantuan awal persekolahan
- Didera, dibuang tepi jalan
- Lawatan sekolah berakhir dengan murid menari tarian tiang
- Skim pengeluaran awal KWSP hingga RM30,000 dimohon pencarum
- Tuduhan wujud perwakilan import memalukan PAU – Megat Zulkarnain
- Jaga mulut atau ‘tsunami hijau’ terus membesar – Sanusi
- Ismail kecewa tiada pertandingan ‘Top 2’ ‘
- Kenyataan Khairy berniat jahat – Jamal
- Perwakilan jerit ‘boo’ diupah RM300?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Sarah fail perceraian pagi ini