Negara tidak bankrap bawah Najib

Oleh Norzahira

PASCA Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) menyaksikan ekonomi negara merudum seiring dengan kesuraman politik yang dilanda tsunami. Tindakan tidak bertanggung jawab kerajaan Pakatan Harapan Mahathir dan kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin yang meratib setiap hari negara bankrap bagi menganiaya Datuk Seri Najib akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Hutang negara naik sebanyak RM520b tetapi saiz ekonomi hanya naik RM300b (21%) sahaja dari RM1.4 trilion ke RM1.7 trilion dalam tempoh 5 tahun selepas Najib berhenti menerajui kerajaan.



Realitinya kerajaan Barisan Nasional dalam tempoh 9 tahun Najib sebagai PM, telah menjaga ekonomi dengan amat baik sekali. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi. Kadar pelaburan asing juga paling tinggi dalam sejarah serta paling tinggi di ASEAN pada tahun 2017. Pembangunan infrastruktur dilaksanakan seluruh Malaysia. Malah bantuan rakyat turut semakin naik setiap tahun. Pasaran saham naik dari 800 point hingga 1,896 point iaitu paras paling tertinggi dalam sejarah.

Aset dan rizab tunai Petronas naik empat kali ganda dari RM114b ke RM432b. Nilai aset bersih Khazanah juga naik hampir 4 kali ganda dari RM32b ke RM116b. Dividen-dividen serta Hibah tabung rakyat tinggi sepanjang tempoh tersebut. Malah bantuan rakyat yang diperkenalkan dinaikkan jumlah setiap tahun – misalnya BR1M naik dari sifar ke RM500 ke RM1,200 dan bakal menjadi RM1,800 pada tahun 2018 jika BN menang PRU14.

Ketika Najib menjadi PM, Hutang langsung kerajaan 2009 sebanyak RM362.4b telah naik kepada RM686.8b pada tahun 2017. Hutang naik RM324b tapi saiz ekonomi berganda dari RM700b ke RM1.4 trilion, iaitu kenaikan RM700b. Itulah kehebatan Najib dalam menguruskan ekonomi negara selama 9 tahun.

Apabila Najib tidak lagi menjadi PM, hutang negara naik sebanyak RM520b dalam tempoh 5 tahun tetapi saiz ekonomi hanya naik RM300b (21%) sahaja dari RM1.4 trilion ke RM1.7 trilion.



Kesimpulan, negara tidak bankrap bawah Najib.

Kini hutang negara sudah mencecah hampir RM1.2 trilion. Kedudukan hutang negara terkini sudah mencecah melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ia turut memberi kesan apabila Bajet Defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal iaitu 5.8 peratus daripada KDNK untuk tahun 2022.

“Masalah hutang negara kini sudah mencecah RM1.2 trilion dan jika ia termasuk liabiliti, ia menjadi RM1.5 trilion,” kata Anwar Ibrahim dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker