Macau Scam: Pesara Wanita Kerugian Ditipu RM128,037

Macau Scam: Pesara Wanita Kerugian Ditipu RM128,037

KUANTAN: Seorang pesara wanita berusia 60-an kerugian sebanyak RM128,037 ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai mahkamah Pulau Pinang.



“Suspek memaklumkan kepada mangsa kononnya mempunyai saman mahkamah kerana tidak membayar tunggakan ‘Touch n Go’ berjumlah RM11,800 pada 14 Disember lalu.

“Kemudian mangsa telah disambungkan ke beberapa individu yang menyamar sebagai polis dan individu tertentu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Ramli, selain itu, suspek telah memberitahu mangsa turut mempunyai rekod kes jenayah dan meminta untuk memindahkan wang bagi mengelakkan akaun mangsa dibekukan

“Mangsa kemudian telah mengikut setiap arahan suspek dan mengalami kerugian sebanyak RM128,037.



“Polis Kontinjen Pahang menasihat orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan membuat semakan terperinci terlebih dahulu sebelum bertindak,” katanya.

Jelas beliau, orang ramai juga dinasihatkan supaya jangan sesekali membenarkan akaun bank digunakan oleh orang lain atau menyerahkan kad bank ATM mahupun nombor TAC kepada pihak lain untuk digunakan. AA

Macau Scam: Pesara Wanita Kerugian Ditipu RM128,037

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker