Kerajaan akan umum perkara yang telah dipersetujui dalam MA63 pada 4 Jan 2023

Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara dipersetujui berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 MA63 pada 4 Januari depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat mingguan Kabinet pada hari berkenaan.

Jelasnya buat masa ini, jawatankuasa teknikal MA63 sedang meneliti dan memuktamadkan beberapa perkara termasuk penurunan kuasa kepada agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran.



Fadillah berkata terdapat beberapa perkara di luar bidang MA63 yang telah diminta oleh Sabah juga Sarawak untuk dipertimbangkan kerajaan Persekutuan.

“Selain itu, ada beberapa perkara berkaitan MA63 yang perlu melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan akan mengambil masa untuk diselesaikan.

“Untuk perkara itu kita perlu tunggu persidangan Parlimen untuk dibentangkan dan diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan biskut sempena perayaan Hari Natal di Kuching, hari ini.

Pada 5 Dis lepas, Anwar berkata Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi dipertanggungjawabkan untuk memfokuskan hal ehwal Sabah dan Sarawak terutamanya Perjanjian MA63.



Fadillah juga berperanan memastikan jurang ekonomi antara rakyat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan dikurangkan.

Pada 21 Dis, Anwar berkata kerajaan bersetuju memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri berkenaan.

Perdana Menteri berkata perkara itu diputuskan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memartabatkan MA63.

– Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker