Melaka sedia laksana RUU lompat parti

Melaka sedia laksana RUU lompat parti

AYER KEROH: Melaka sedia untuk melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat, semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata RUU berkenaan akan dilaksanakan di negeri itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



“RUU berkenaan perlu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat negeri.

“Di peringkat negeri, kita akan diberikan satu tempoh untuk dibincangkan sebelum dilaksanakan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara peringkat negeri di Hotel Muzaffar, di sini hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan RUU anti-lompat parti melalui undi belah bahagi selepas bacaan ketiga.

RUU itu diluluskan selepas perbahasan selama dua hari membabitkan 54 Ahli Parlimen mewakili pihak kerajaan dan blok pembangkang, namun sesi perbahasan itu tidak disertai mana-mana wakil rakyat BERSATU. BH



Melaka sedia laksana RUU lompat parti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker