Hajiji hilang keabsahan sebagai pengerusi GRS, MOU tak sah – Ronald Kiandee
Hajiji hilang keabsahan sebagai pengerusi GRS, MOU tak sah – Ronald Kiandee
Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee mendakwa Hajiji Noor tidak lagi mempunyai keabsahan untuk kekal sebagai pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Justeru, kata Ronald, perjanjian persefahaman (MOU) bersama Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani oleh Hajiji semalam tidak sah.
“Saya menegaskan bahawa Hajiji yang dilantik sebagai pengerusi GRS atas kapasiti beliau sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersaty Sabah sebelum ini, tidak lagi mempunyai keabsahan untuk kekal sebagai pengerusi GRS oleh kerana tindakan beliau keluar dari Bersatu.
“Oleh itu, keahlian beliau dalam GRS kini hanyalah sebagai ahli individu dan kedudukan beliau sebagai pengerusi GRS hendaklah diputuskan semula oleh Majlis Tertinggi GRS.
“Berikutan ini, perjanjian persefahaman gabungan parti-parti politik menyokong kerajaan persekutuan pimpinan PH yang ditandatangani oleh Hajiji sebagai Pengerusi GRS semalam tidak sah dan tidak mewakili aspirasi Bersatu melalui GRS,” katanya.
Ronald dilantik sebagai ketua Bersatu Sabah 11 Dis lalu selepas Hajiji bersama Adun Sabah dan empat ahli parlimen Bersatu Sabah mengumumkan “keluar” Bersatu.
Empat ahli parlimen berkenaan bertanding di bawah tiket GRS, berbeza dengan Ronald yang bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).
Susulan itu, timbul pertikaian yang mendakwa empat ahli parlimen berkenaan – Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang) – melanggar undang-undang antilompat parti.
Bagaimanapun, mereka kemudian mendakwa sudah menyertai GRS sebelum PRU lagi. GRS terdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sebagai parti politik, meskipun merupakan gabungan.
Sementara itu, Ronald dalam kenyataannya hari ini menegaskan bahawa Bersatu sebagai ahli gabungan GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan yang memutuskan supaya GRS memasuki perjanjian persefahaman dengan gabungan-gabungan parti lain untuk membentuk kerajaan persekutuan yang diketuai oleh PH.
Semalam, lima gabungan parti politik utama iaitu PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), GRS dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani MOU di Putrajaya bagi membentuk kerajaan perpaduan.
Perjanjian MOU itu hadir menjelang sidang parlimen 19 Dis ini, dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka berdepan undi percaya. Mk
Hajiji hilang keabsahan sebagai pengerusi GRS, MOU tak sah – Ronald Kiandee
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]